SELAMAT DATANG

    Permohonan Kemasukan

    Sila baca TERMA DAN SYARAT di bawah sebelum mengisi borang dan pastikan borang diisi dengan sempurna

    TERMA DAN SYARAT
    1. Pemohon WAJIB memastikan maklumat yang diisi adalah TEPAT dan BENAR.
    2. Persediaan Semasa Hari Pendaftaran
         2.1  Yuran pendaftaran sebanyak RM340 (tidak dikembalikan).
         2.2  Dokumen-dokumen asal yang perlu dibawa:
             i.  Sijil SPM / SPMV / STPM / STAM / O-LEVEL / Setaraf.
             ii.  Sijil Tamat Sekolah.
             iii.  Surat Tawaran.
             iv.  Kad Pengenalan Pemohon.
    3. Penarikan Diri
         3.1  Permohonan hendaklah dibuat kepada Jabatan Pengurusan Akademik.
         3.2  Bayaran yang dikenakan bagi penarikan diri daripada pengajian adalah seperti berikut :
            i   Caj perkhidmatan akan dikenakan bermula minggu akademik kedua (2).
            ii   Jumlah separuh daripada yuran pengajian akan dikenakan bermula minggu akademik ketiga (3).
            iii  Jumlah keseluruhan daripada yuran pengajian akan dikenakan bermula minggu akademik kelima (5).
    4. Penangguhan
         4.1  Pelajar yang menangguh pengajian perlu menghantar permohonan kepada Jabatan Pengurusan Akademik
                selewatnya seminggu sebelum minggu peperiksaan bermula.
         4.2  Bayaran yang dikenakan bagi penangguhan pengajian adalah seperti berikut:
            i   Apabila minggu akademik kedua (2) bermula, caj perkhidmatan akan dikenakan.
            ii   Apabila minggu akademik ketiga (3) bermula, separuh jumlah yuran pengajian akan dikenakan.
            iii  Apabila minggu akademik kelima (5) bermula, jumlah keseluruhan yuran pengajian akan dikenakan.
         4.3  Pelajar yang menangguh pengajian perlu menyedari kursus yang diambil tidak dijamin akan ditawarkan semula pada kemasukan            semula akan datang seperti sebelum penangguhan. Pelajar bertanggungjawab mengikuti perkembangan sebarang perubahan            silibus kursus atau polisi penilaian yang berlaku sepanjang penangguhan pengajian mereka.
    5. Penukaran Kursus
         5.1  Permohonan hendaklah dibuat kepada Jabatan Pengurusan Akademik melalui Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti terdahulu, serta            Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti program yang dimohon sekiranya melibatkan dua (2) fakulti yang berbeza. Jika permohonan            dibuat pada Fakulti yang sama, hanya kebenaran Ketua Jabatan dan Dekan Fakulti diperlukan bagi kelulusan permohonan.
         5.2  Permohonan hendaklah dibuat sebelum minggu kelima (5) bermula tarikh pendaftaran semester berkenaan.
    6. Tambah / Gugur Kursus
         6.1  Pelajar dibenarkan menambah sebarang kursus sehingga minggu akademik kedua (2) bagi setiap sesi akademik.
         6.2  Pelajar dibenarkan mengugurkan sebarang kursus sehingga minggu akademik keempat (4) bagi setiap sesi akademik.
    7. Undang-Undang dan Peraturan
         7.1  Setiap pelajar dikehendaki mematuhi undang-undang dan peraturan Universiti. Kegagalan berbuat demikian boleh            mengakibatkan pemecatan, penggantungan, sekatan swasta atau awam.
         7.2  Sebarang aktiviti jenayah didalam premis Universiti akan dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
         7.3  Pihak Universiti dan pengurusannya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kerugian atau kecederaan
                yang terjadi sepanjang tempoh pengajian dengan Universiti.
         7.4  Lembaga Disiplin mempunyai kuasa untuk menggantung atau / dan menyingkirkan mana-mana pelajar yang berkelakuan
                dengan cara yang dapat menjejaskan nama baik serta keselamatan kakitangan dan pelajar.
         7.5  Pihak Universiti berhak untuk menyemak Undang-Undang dan Peraturan Universiti tanpa notis terlebih dahulu.
         7.6  Kebenaran pas pelajar adalah tertakluk kepada Jabatan Imigresen Malaysia,KUIPs tidak bertanggungjawab atas sebarang
                kerugian atau memperoleh jika pas pelajar ditolak olej Jabatan Imigresen Malaysia.
    8. Minggu Taaruf
         8.1  Setiap individu yang berdaftar secara sah sebagai pelajar KUIPs dikehendaki untuk menyertai program pengenalan selama            seminggu bagi mendedahkan pelajar suasana pembelajaran di kampus.Taklimat oleh pihak pengurusan juga akan dikendalikan            untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Kursus induksi sehari untuk pelajar antarabangsa diwajibkan dalam usaha            memperkenalkan mereka kepada budaya dan gaya hidup Malaysia.
    9. Pihak Universiti berhak untuk menerima atau menolak sebarang permohonan tanpa memberi apa-apa sebab.



    Terus ke Borang Permohonan