• Home
  • Administration
  • Department
  • Department Of Student Affairs and Alumni (JHEPA)

Department Of Student Affairs and Alumni (JHEPA)

Jauh berkelana dari Pulau Pinang,

Dek mencari rezeki seisi keluarga,

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.  

 

Assalamu’alaikum warrahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera diucapkan kepada semua. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Ta’ala dengan limpah kurnia dan izin-Nya, berkat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, berkat guru-guru kita, serta karamah ibu dan hikmah bapa maka kita diberikan peluang untuk bertamu di laman ini. Mewakili warga kerja, saya mengalu-alukan para pengunjung ke laman JHEPA ini untuk berkongsi maklumat, maklumbalas dan mendapatkan sebarang informasi yang diperlukan dari masa ke semasa.  

 

Falsafah Pendidikan Negara telah menetapkan matlamat utama pendidikan negara iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan. Sehubungan itu, KUIPs sentiasa berusaha dalam melahirkan graduannya yang holistik dan seimbang dari segi rohani dan jasmasni, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju menjelang tahun 2020. JHEPA juga turut memikul amanah dan tanggungjawab tersebut, mengambil tempat dan peranan yang berat, dan sentiasa komited menjayakan setiap visi dan misi KUIPs ini.  

 

Inilah iltizam kami di sini. Komitmen semua kakitangan JHEPA sentiasa tinggi dalam kami memberikan didikan, dorongan serta bimbingan terbaik kepada para pelanggan kami khususnya mahasiswa-mahasiswi KUIPs dalam usaha membentuk graduan yang berkualiti dalam segenap aspek dan sahsiah diri.  

 

Kami di JHEPA percaya bahawa mahasiswa ialah kahazanah negara yang amat berharga. Mereka hadir dengan set bakat dan kebolehan yang unik, tersendiri dan bermanfaat kepada masyarakat dan negara. Khazanah ini perlu diteroka, dijana dan ditransformasikan, di samping pembentukan model kepimpinan dan kemahiran-kemahiran insaniah (soft skills), memastikan kebolehpasaran apabila bergraduat kelak agar kemudiannya dapat dikembalikan kepada ummah (komuniti) sebagai produk bernilai tinggi dan dihormati. Justeru, menjadi tanggungjawab kami agar mahasiswa memanfaatkan seoptimum mungkin, daripada segala peluang yang dinikmati dan dimiliki sepanjang berada di bumi ilmu ini untuk merekayasa potensi dan nilai diri yang terbaik.  

 

Pintu JHEPA sentiasa terbuka untuk membantu mahasiswa KUIPs. Jadikanlah input dan maklumat yang disediakan di laman web ini sebagai rujukan dalam sebarang urusan yang berkaitan dengan perancangan aktiviti atau pembangunan diri masing-masing. Keupayaan mahasiswa menyesuaikan diri dan menggembleng segala sumber serta kepakaran secara kreatif akan memacu hasrat penghasilan graduan seperti yang disasarkan oleh KUIPs. Akhir kata, berusahalah untuk mesejahterakan diri masing-masing kerana di KUIPs, segalanya sudah tersedia untuk anda. Selamat Maju Jaya!  

 

Sekian, terima kasih.    

 

“Mensejahterakan Pelajar, Satu Kerahmatan”    

 

WAN MOHD DHAIYUDEEN HELMY WAN MOHAR

Dekan  

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

Keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani menjadi teras kepada pembangunan mahasiswa holistik.

Menjadi “perintis perubahan” dalam mengharmonikan keunggulan sahsiah mahasiswa dan kecemerlangan akademik selari dengan visi dan misi universiti untuk melahirkan ‘insan berilmu dan beramal yang kompeten’ (pemikir) bertaraf Antarabangsa.  

Beriltizam menyediakan persekitaran, prasarana dan kemudahan yang kondusif, produktif serta mesra pelajar melalui sinergi professionalisme dan perkhidmatan pelajar yang berkualiti.

i. Mensasarkan lebih 80% kemudahan dan kelengkapan penginapan pelajar berada dalam keadaan selamat dan selesa.       

ii. Memastikan 100% pelajar yang akan bergraduat berjaya menamatkan aktiviti 7 Pillars of KUIPs.     

iii. Mensasarkan 90% kes dan permasalahan pelajar melibatkan kebajikan dan bantuan pelajar diselesaikan.  

Berikut merupakan piagam pelanggan bagi Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni:      

 

1. Memastikan sebarang aduan yang diterima oleh pelajar diselesaikan dalam masa 24 jam dan dimaklumkan semula kepada pengadu  

2. Memberi bantuan kecemasan dalam masa kurang dari 30 minit setelah aduan diterima  

3. Memberi bantuan kebajikan dalam tempoh 7 hari bekerja  

4. Menyediakan sekurang-kurangnya 90% kemudahan penginapan yang selesa dan selamat kepada pelajar pada setiap sesi pengajian  

5. Memastikan sekurang-kurangnya 80% aktiviti pembangunan sahsiah dan kepimpinan yang bersifat high impact yang dirancang dalam tahun semasa dapat dilaksanakan.  

6. Memastikan semua permohonan aktiviti pelajar diproses dan diluluskan dalam tempoh 14 hari bekerja   

7. Memastikan sekurang-kurangnya 95% urusan penajaan dan pembiayaan pelajar diuruskan  

I   - Istiqamah / Konsisten        

“Telus” dan konsistensi dalam melaksanakan tugas dan penyampaian perkhidmatan      

 

H - Holistic / Holistik         

Mensinergikan nilai-nilai baik dalam tugasan dan perkhidmatan yang diberikan      

 

S  - Sharp / Tajam         

Ketajaman fikiran dan ilmu serta penelitian setiap tindakan yang dibuat      

 

A  - Accurate / Tepat          

Ketepatan masa dan pematuhan piagam pelanggan      

 

N - Noble / Mulia         

Menunjukkan kualiti moral yang tinggi dan peribadi mulia  

  “Mensejahterakan Pelajar, Satu Kerahmatan”  

x