• Home
  • Administration
  • Department
  • Department of ICT

ICT Department

Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JICT) KUIPs telah ditubuhkan pada 1 Januari 2014. Pada awal penubuhan, fungsinya lebih tertumpu kepada perkhidmatan perkomputeran untuk staf dan pelajar memandangkan penggunaan IT di kalangan staf dan pelajar yang tidak begitu ramai pada ketika itu. Namun kini, pentadbiran JICT merangkumi pelbagai aspek seperti menguruskan segala hal yang berkaitan dengan ICT di KUIPs samada daripada keperluan perisian, perkakasan dan infrastruktur malah merancang matlamat untuk masa depan ICT KUIPs. JICT disokong oleh empat (4) bahagian iaitu:  

1)      Bahagian Pengurusan Sistem Maklumat

2)      Bahagian Pengurusan Aplikasi Web

3)      Bahagian Pengurusan Infrastruktur, Keselamatan, Rangkaian & Pangkalan Data

4)      Bahagian Komunikasi Korporat  

HALA TUJU STRATEGIK JABATAN ICT

 

Objektif Jabatan ICT

♦ Memberi perkhidmatan sokongan terbaik dalam pengurusan perkakasan dan perisian ICT yang cekap dan sentiasa bersedia selaras dengan perubahan teknologi.

 

♦ Melindungi perkhidmatan ICT dari kegiatan pencerobohan dan penggodaman.

 

♦ Memperbaiki dan menggalakkan penggunaan fasiliti ICT dengan efektif.

Menjadi sebuah jabatan yang berinovatif bagi menyokong kualiti, pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan keberkesanan sistem penyampaian dengan menyediakan teknologi canggih.
Menyedia dan menyokong fasiliti yang terkini dan berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan.

1) Menyelesaikan masalah berkaitan peralatan ICT dalam tempoh 7 hari bekerja selepas aduan diterima.

 

2) Semua masalah sistem aplikasi maklumat akan diselesaikan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh aduan.

 

3) Menyelesaikan masalah berkaitan perisian komputer dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh aduan.

 

4) Membangunkan sistem aplikasi baru dalam tempoh 3 bulan dari tempoh permohonan.

 

5) Memastikan tahap penyelenggaraan komputer, sistem aplikasi dan keselamatan rangkaian komputer dalam keadaan baik, terkawal dan terjamin.

 

6) Data-data pengguna terjamin selamat, tersusun, mudah dicapai dan terkemaskini.

 

7) Memastikan tahap capaian sistem aplikasi, e-mel dan rangkaian sekurang-kurangnya 97% setahun.

 

8) Mewujudkan akaun emel pengguna dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

 

9) Memastikan proses memuatnaik maklumat portal, laman web dan media sosial dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

 

10) Mengeluarkan semua laporan statistik dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

 

11) Memastikan peminjam peralatan ICT memulangkan kembali peralatan tersebut dalam masa 1 hari selepas tarikh peminjaman.

 

12) Berusaha mewujudkan budaya ICT di dalam persekitaran kampus.