KEJAYAAN AKAN TERCAPAI DENGAN KERJA KERAS
KANGAR 8 Sept. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan bahawa sesuatu kejayaan akan hanya tercapai dengan kerja keras dan niat
+604 - 9851 867
+604 - 9851 852
info@kuips.edu.my
@kolejuniversitiislamperlis
Cokmar seberat 7 kilogram mula diperlihatkan sempena Istiadat Konvokesyen Kali Pertama Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) sebagai simbol pengisytiharan penganugerahan Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pascasiswazah. Setiap lambang yang terukir pada Cokmar mempunyai makna tersendiri yang menggambarkan keseluruhan komitmen dan inspirasi penubuhan KUIPs sebagai sebuah pusat kecemerlangan ilmu.
Konsep asas reka bentuk Cokmar diaplikasikan dari konsep reka bentuk yang sama dengan asas reka bentuk logo rasmi KUIPs yang telah diilhamkan dari asas sebuah rupa sebuah masjid di mana jelas dapat dilihat bentuk kubah di sebalik reka bentuk initial U dan P. Rekaan ini adalah untuk mendapatkan “synchronization” antara identity imej korporat dengan simbolan kemasyhuran. Reka bentuk Cokmar ini berukuran 42-inci (panjang) yang mengekalkan konsep keemasan dengan penambahan elemen utama supaya menepati dan memiliki ciri-ciri keagungan (dari segi perincian dan kecantikan tersendiri.
Kubah ditengah dikelilingi oleh empat tiang seri juga melambangkan sebagaimana rasa kecintaan rakyat kepada Raja yang memerintah Negara. Raja yang bersifat menaungi adalah merupakan asas kepada keadilan dan kesaksamaan, manakala rakyat jelata bersifat pelindung yang akan mempertahankan Institusi Diraja dalam apa jua keadaan pun. Kubah / masjid yang terdapat di atas Cokmar ini melambangi kuasa sebuah Institusi Islam dengan saduran wrna keemasan sebagai gambaran yang bernilai tinggi. Konsep gading ini adalah sebagai metafora yang melambangi “menuntut ilmu hingga ke menara gading”. Disisinya terdapat bentuk timbul gambaran bunga padi menggambarkan asas keperluan kehidupan.
Pada bahagian atas ukiran Cokmar, terdapat ukiran bunga padi melambangi simbolan negeri Perlis sebagai sebuah negeri beraja dan melambangi hakikat menuntut ilmu itu tiada penghujungnya sebagaimana dituntut dalam Islam. Empat gading mengelilingi kubah adalah simbolan agama, ilmu, adat dan jati diri yang menaungi setiap jiwa insan. Ukiran geometri moden dengan warna emas sebagai asas untuk menatah batu permata ini adalah simbolik asas yang kukuh untuk sesuatu hasil yang baik melambangkan hasrat Kolej Universiti untuk memberikan ilmu yang mampu menyinari cahaya dalam kehidupan insan. Terdapat sepotong ayat suci Al-Quran yang dipetik daripada surah Al-Mujadalah terukir pada bahagian Cokmar ini yang membawa maksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang diri tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu, dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat, dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.”
Tengkuk cokmar dihias dengan empat permata Topaz (kuning dan biru) melambangkan warna bendera negeri Perlis iaitu warna biru dan kuning melambangi Raja dan rakyat berpisah tiada. Asas metafora pada cokmar KUIPs melambangkan matlamat KUIPs untuk menghasilkan graduan yang mempunyai nilai ilmu dan sahsiah yang tinggi. Sendi bahagian cokmar ini disiapkan dengan warna keemasan melambangi kepentingan KUIPs dalam penghasilan graduan yang holistik selaras dengan nilai teras KUIPs iaitu SYUMUL, TAQWA dan DINAMIK. Warna kuning di bawah melambangkan kecemerlangan tanpa mengira kelas graduan, walaupun di bawah mahupun di atas, mereka tetap bernilai tinggi di mata manusia, malah diberikan tempat yang mulia disisi Allah S.W.T sebagaimana warna kuning yang dinilai sama tinggi dengan nilai emas.
Rehal KUIPs ini mula diperlihatkan pada Istiadat Pemashyuran Canselor yang pertama. Rehal ini sebagai symbol pembuka majlis istiadat Pemashyuran danPerisytiharan Penganugerahan Konvokesyen. Rehal ini akan dibawa bersama AL-Quran semasa majlis Pemasyhuran dan Istiadat Konvokesyen dimulakan yang melambangkan “hidup berlandaskan Al-Quran”.
Lambang Kolej timbul bersadur emas berkilat. Motif arabes atau kerawang KUIPs dipahat timbul dengan kemasan emas. Logo rasmi KUIPs melambangkan Institusi Keagamaan atau bangunan yang dibina untuk tujuan ibadah kejalan Allah SWT selari dengan penubuhan KUIPs sebagai Institusi Ilmu dan Pembangunan Insan yang akan dimanfaatkan kejalan Allah SWT.
Latar dirias kesan semburan pasir (matte) kusam.
Motif arabes atau kerawang KUIPs dipahat timbul dengan kemasan emas. Simetri geometrik dengan rekabentuk puncak kubah sebagai symbol Islamik dan institusi yang berkaitan dengan pembangunan insan.
KUIPs adalah sebuah institusi pendidikan yang unik berasaskan pembangunan dana dan generasi sumber manusia melalui konsep Program Pendidikan Waqf (PWP) yang baru di Malaysia.
Waktu Kerja:
Masa: 08:30 pagi – 05:30 petang
Telefon: +604 – 9851 867
Faks: +604 – 9851 825
Email: info@kuips.edu.my
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs),
Lot 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26 & 27 Rumah Kedai Dua Tingkat, Taman Seberang Jaya Fasa 3,02000 Kuala Perlis, Perlis.
KANGAR 8 Sept. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan bahawa sesuatu kejayaan akan hanya tercapai dengan kerja keras dan niat
KANGAR 8 Mei – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, menzahirkan rasa bangga kerana Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) sehingga kini
KANGAR 21 April – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bakal memperoleh seorang rektor baharu bagi menggantikan Prof. Madya Dr. Mohd. Mizan Mohammad Aslam yang
BANGKOK 20 Mac – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) giat melaksanakan pembangunan kemudahan untuk umat Islam di negeri berkenaan dan
ARAU 15 Mac – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan rasa bangga dan sukacita baginda kerana Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan bergambar bersama para tetamu semasa berangkat bercemar duli
KANGAR 6 Mac – Sebidang tanah seluas 2.7 hektar di Jalan Mata Ayer di sini, telah dikenal pasti bakal didirikan sebagai sebuah kampus tetap
KANGAR 26 Jan. – Seramai tiga mahasiswa dari negeri ini bertuah kerana telah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar dan Belia Jepun-Asia Timur (Jenesys)
Sukan mampu beri manfaat kepada individu, organisasi – Raja Muda Perlis KANGAR 14 Dis. – Arena Futsal di Jabatan Belia dan Sukan