Logo-KUIPs-full

+604 - 9851 867

info@kuips.edu.my

Fakulti Muamalat Dan Kewangan Islam

Dalam usaha untuk mencapai matlamat dan untuk meluaskan skop pengajaran, Fakulti Muamalat & Kewangan Islam telah ditubuhkan pada 1 Oktober 2019 sebagai fakulti baharu di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) untuk terus menyediakan kursus pengurusan perniagaan di dalam bidang Muamalat, Kewangan Islam, Ekonomi Islam dan Pengurusan Islam yang berinovatif dan berkesan. Fakulti ini beriltizam untuk menghasilkan pemikir yang beradab (Ulul Albab) dan pemimpin masa depan (Khalifah) dengan pandangan Islam secara antarabangsa yang luas, mempunyai kebolehan membuat keputusan yang sangat baik dan mampu melaksanakan perubahan untuk memperbaiki perniagaan, masyarakat dan persekitaran.

Fakulti ini juga diharapkan mampu mengembangkan lagi semangat Islam dengan membuka peluang bagi para penyelidik dan pendidik untuk menuntut ilmu, melakukan penyelidikan dan menyebarkan pengetahuan yang berkaitan dengan Muamalat dan Kewangan Islam. Bidang Muamalat adalah antara satu bidang yang dituntut oleh Islam sejak zaman Rasulullah SAW.

Di samping menyediakan panduan kepada umat Islam tentang hubungan mereka dengan sesama manusia, bidang Muamalat juga berfungsi untuk mengatur dan menyusun atur struktur dan pentadbiran pengurusan manusia. Kemajuan masyarakat akan diukur bukan hanya dari segi keimanan tetapi juga berdasarkan usaha-usaha sesebuah masyarakat di dunia ini. Masyarakat Islam moden dan progresif hari ini, bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dari segi Tauhid dan Maqasid Syariah tetapi juga memerlukan pengetahuan Muamalat, demi kesejahteraannya di dunia dan di akhirat.

Allah berfirman: “Sebagai petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang berakal” (Surah Ghafir ayat 54)
.

Fakulti juga berbangga menjadi “taman ilmu” yang terdiri dari kuliah-kuliah yang komprehensif dalam pelbagai aspek pengurusan perniagaan Islam seperti Penasihatan Syariah, Kewangan dan Perbankan Islam, Ekonomi Islam, Perakaunan Islam, Keusahawanan Islam, Pengurusan Sumber Manusia Islam, Pengurusan Islam, Pemasaran Islam, Pengurusan Zakat, Pengurusan Baitulmal, Pengurusan Halal dan lain-lain.

Menjadi “perintis perubahan” dalam mengharmonikan keperibadian pelajar dan kecemerlangan akademik selaras dengan visi dan misi universiti untuk menghasilkan insan yang berpengetahuan dan kompeten setanding dengan piawaian Antarabangsa.

Beriltizam untuk berkhidmat sebagai “taman ilmu” yang menjadi pilihan serta rujukan dalam bidang Muamalat dan Kewangan Islam menerusi program pengajian yang memenuhi keperluan pihak berkepentingan serta penghasilan akademik yang relevan dengan keperluan umat global dan industri.

  • Mengendalikan program penyelidikan, pembelajaran dan perkhidmatan berkualiti serta bertaraf dunia bagi menghasilkan graduan, sarjana dan saintis yang seimbang dalam pengetahuan, ketaatan kepada Allah S.W.T dan mempunyai sifat sayangkan negara dan rakyatnya;

  • Menjelajah, membangun dan mengembangkan bidang Muamalat dan Kewangan Islam menerusi penyelidikan, seminar dan penerbitan sebagai perintis dan menggunakan pengetahuan untuk pembangunan masyarakat dan negara, selaras dengan ajaran Islam yang murni dan sempurna;

  • Memupuk dan menghayati nilai-nilai manusia yang berlandaskan kesetiaan, moral, etika dan sifat bertanggungjawab, berdasarkan nilai-nilai murni Islam kepada semua masyarakat, termasuk pelajar, graduan, ulama, ahli akademik, pegawai dan kakitangan sokongan, untuk menyumbang kepada pembangunan agama, negara dan masyarakat;

  • Memupuk komuniti pelajar dan ahli sains yang mempunyai daya saing yang tinggi sama ada secara tempatan atau global, yang saling menghormati, konsisten dan mampu bergerak bebas untuk menghasilkan individu Muslim yang moden dan progresif;

  • Mewujudkan hubungan dengan semua peringkat masyarakat, industri, kerajaan, dan badan profesional untuk memupuk kerjasama dan bersama-sama menyumbang kepada keselamatan dan kesejahteraan semua.
  1. Jabatan Pentadbiran Muamalat
  2. Jabatan Kewangan Islam
  1. Asasi Muamalah (MQA/FA 4110) [R/343/3/0106]
  2. Diploma Perbankan Islam (MQA/FA 4103) [R/343/4/0111]
  3. Diploma Pengurusan Harta Islam (MQA/PA 4861) [N/345/4/0776]
  4. Diploma Pengurusan Masjid (MQA/PA 10894) [N/345/4/1130]
  5. Ijazah Sarjana Muda Perbankan Dan Kewangan Islam (Kepujian) (MQA/FA 4311) [R/343/6/0157]
  6. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Muamalat (Kepujian) (Pengurusan Harta) (MQA/PA 8422) [N/345/6/4069]

BIL.

NAMA

JAWATAN

JABATAN

EMEL

1.

WAN MOHD DHAIYUDEEN HELMY BIN WAN MOHAR

PEMANGKU DEKAN

 

dhaiyudeen@kuips.edu.my

2.

DR. SITI KHALILAH BINTI BASARUD-DIN

TIMBALAN DEKAN PASCA SISWAZAH & PENYELIDIKAN

 

sitikhalilah@kuips.edu.my

3.

JUWAIRIAH BINTI MOHAMAD

KETUA JABATAN HOSPITALITI & INDUSTRI HALAL

HOSPITALITI & INDUSTRI HALAL

juwairiah@kuips.edu.my

4.

MUHAMMAD HAFIZ BIN HASSAN

KETUA JABATAN PENTADBIRAN MUAMALAT

PENTADBIRAN MUAMALAT

muhammadhafiz@kuips.edu.my

5.

MUHAMMAD MUNDZIR BIN MOHD ZAMBRI

PENSYARAH

PENTADBIRAN MUAMALAT

mmundzir@kuips.edu.my

6.

NUR SYAMILAH BINTI MD NOOR

PENSYARAH

PENTADBIRAN MUAMALAT

nsyamila@kuips.edu.my

7.

MARDZIYAH BINTI MOHD ISA

KETUA JABATAN KEWANGAN ISLAM

KEWANGAN ISLAM

mardziyah@kuips.edu.my

8.

MUHAMAD HUSNI BIN HAJI HASBULAH

PENSYARAH

KEWANGAN ISLAM

husni@kuips.edu.my

9.

DR. JAMIL BIN RAMLY

PENSYARAH KANAN

KEWANGAN ISLAM

jamil@kuips.edu.my

10.

DR. NIK SAFIAH BINTI NIK ABDULLAH

PENSYARAH

KEWANGAN ISLAM

niksafiah@kuips.edu.my