Logo-KUIPs-full

+604 - 9851 867

info@kuips.edu.my

IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA AL QURAN DAN SUNNAH (KEPUJIAN) (MQA/FA 13048)

//kuips.edu.my/v4/wp-content/uploads/2020/06/Webp.net-resizeimage-1.jpg
1 NAMA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BAHASA AL-QURAN DAN SUNNAH (KEPUJIAN) (MQA/PA 13048)
2 MAKLUMAT/PENGENALAN PROGRAM Program ini disediakan dengan teliti untuk disesuaikan dengan mereka yang ingin belajar Bahasa Arab dengan menghubungkan ilmu-ilmu Bahasa Arab dengan Al-Qur'an dan Hadith. Ia juga bagi melayakkan generasi muda dalam mendapatkan pekerjaan, berkeupayaan untuk mengambil keputusan yang tepat dan berkemahiran, serta membolehkan mereka memberikan perkhidmatan kepada badan organisasi dan masyarakat tempatan mahupun masyarakat antarabangsa. Program ini juga menyiapkan mereka untuk pasaran pekerjaan seperti bidang penyiaran, penterjemahan dan diplomatik, dalam masa yang sama dapat menjaga integriti moral dan rohani berlandaskan ketakwaan.
3 STRUKTUR KURSUS
4 JUMLAH JAM KREDIT 124 JAM KREDIT
5 TEMPOH PENGAJIAN 3 ½ TAHUN
6 YURAN PENGAJIAN
  • RM 37,200 (PELAJAR TEMPATAN)
  • RM 38,440 (PELAJAR ANTARABANGSA)
7 PENGAMBILAN September 2020
8 SYARAT KEMASUKAN Kriteria kelayakan akademik minimum untuk program ini adalah seperti berikut:
    i. Pemohon mestilah lulus Diploma dalam bidang Pengajian Islam atau Bahasa Arab dengan setarafnya mendapat sekurang-kurangnya CGPA 2.00; ATAU

    ii. Lulus Matrikulasi/Foundation/Asasi yang diiktiraf sebagai Asasi Pengajian Islam atau Bahasa Arab dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.00; ATAU

    iii. Pemohon mestilah lulus (STPM)/GCE A LEVEL dengan sekurang-kurangnya mendapat CGPA 2.00 atau mendapat C di dalam dua (2) mata pelajaran iaitu satu daripadanya berkaitan dengan bahasa Arab atau berasaskan Pengajian Islam; ATAU

    iv. Pemohon lulus STAM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred Maqbul (lulus); ATAU

    v. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

    Pelajar Antarabangsa:

    i. Pemohon mestilah mempunyai Diploma Sekolah Tinggi atau setaraf dengan sekurang-kurangnya (12) tahun pengajian

    ii. Memenuhi keperluan Bahasa Inggeris (keperluan pengijazahan)

    iii. Lain-lain keperluan yang diperlukan oleh Kerajaan Malaysia

    iv. Sila rujuk senarai syarat kemasukan pelajar antarabangsa (Lampiran A)

    Syarat khas untuk semua pemohon:

    i. Penguasaan bahasa Arab

    ii. Penguasaan membaca Al-Quran dengan betul

    iii. Lulus keperluan KUIPs (temuduga atau ujian penempatan), ini adalah satu proses kemasukan ke Program ini

Fill In Enquiry form and our Counselors will Contact you soon