Objectives, Policy Quality, Quality Objectives, Client Charter

KUIPs OBJECTIVE / OBJEKTIF KUIPs
- Becoming an excellent Institute of Higher Education integrating religious, management, science, technology and humanitarian knowledge;
- Producing talented and practicing human capital and capable of being in various fields towards universal development; And
- Produce intellectual balanced worldly and ukhrawi and able to deal with the problems of the Ummah.


- Menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi cemerlang yang mengintegrasikan ilmu agama, pengurusan, sains, teknologi dan kemanusiaan;
- Melahirkan modal insan yang berilmu dan beramal serta berkebolehan dalam pelbagai bidang ke arah pembangunan sejagat; dan
- Melahirkan intelektual yang seimbang duniawi dan ukhrawi serta mampu menangani permasalahan Ummah.

 

Quality Policy KUIPs / Dasar Kualiti KUIPs

"KUIPs is committed to delivering services to customers efficiently and effectively in line with the vision and mission of KUIPs in order to meet the targets of the stakeholders. KUIPs shall carry out continuous improvements to enhance the effectiveness of MS ISO 9001: 2015. KUIPs' commitment involves all information requirements documented and disseminated among employees "


“KUIPs komited dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap dan berkesan sejajar dengan visi dan misi KUIPs supaya dapat memenuhi kehendak pemegang taruh. KUIPs hendaklah melaksanakan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan MS ISO 9001:2015. Komitmen KUIPs melibatkan semua keperluan informasi yang didokumenkan serta disebarluaskan dalam kalangan warga kerja”

 

Objektif Kualiti KUIPs

- 50% qualified graduates with at least CGPA of 2.50 and above in each convocation.
- 60% of Postgraduate qualified or equivalent qualifications.
- Staff satisfaction index exceeds 80% annually.
- The student satisfaction index exceeds 80% annually.
- Target 5% International student enrollment each year.
- Ensuring that at least 80% of infrastructure and infostructure for students cover residential colleges, learning resource centers and lecture rooms that meet the Ministry's standards.


- 50% graduan berkelulusan dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.50 ke atas dalam setiap konvokesyen.
- 60% daripada Pensyarah berkelayakan Pascasiswazah atau kelayakan yang setaraf dengannya.
- Indeks kepuasan kakitangan melebihi 80% setiap tahun.
- Indeks kepuasan mahasiswa melebihi 80% setiap tahun.
- Sasaran 5% enrolmen pelajar Antarabangsa setiap tahun.
- Memastikan sekurang-kurangnya 80 % infrastruktur dan infostruktur untuk pelajar meliputi kolej kediaman, pusat sumber pembelajaran serta bilik kuliah yang mengikut piawaian Kementerian.

 

Customer Charter / Piagam Pelanggan

KUIPs with full determination and commitment strives to realize the mission, vision and objective of KUIPs to become a internationally renowned leading Islamic University College which offers the integration of traditional and contemporary Islamic studies programs in line with the motto of "Syumul, Taqwa and Dynamic", to meet Customer rights as follows:


KUIPs dengan penuh tekad dan iltizam berusaha untuk merealisasikan misi, visi dan objektif KUIPs agar menjadi sebuah Kolej Universiti berteraskan Islam yang terkemuka pada peringkat Antarabangsa yang menawarkan integrasi program pengajian Islam tradisional dan kontemporari selaras dengan moto “Syumul, Taqwa dan Dinamik”, bagi memenuhi hak-hak pelanggan seperti berikut:

 

For The Student / Kepada Pelajar

- Provide integration of traditional and contemporary Islamic studies programs in various fields recognized by Government, Accreditation Body and Professional Bodies and meet industry requirements.
- Provides the best synergy in quality of services and infrastructure Support the learning and teaching process.
- Ensure that students graduate within the prescribed period after fulfilling the requirements of the prescribed studies and possessing the Quranic and As-Sunnah-based Insanity values.


- Menyediakan integrasi program pengajian Islam tradisional dan kontemporari dalam pelbagai bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan, Badan Akreditasi dan Badan Profesional serta menepati keperluan industri.
- Menyediakan sinergi kualiti perkhidmatan dan prasarana yang terbaik dalam menyokong proses pembelajaran dan pengajaran.
- Memastikan pelajar bergraduat dalam tempoh yang telah ditetapkan selepas memenuhi syarat-syarat pengajian yang ditetapkan dan memiliki nilai-nilai Insaniah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.

 

For The Staf / Kepada Staf

- Provides a conducive and comprehensive facility and work space with various technology and software systems to smooth out the work processes in line with the staffing distribution guidelines.
- Provide suitable training opportunities and career enhancements to KUIPs employees in line with the objectives of its establishment.
- Creating a conducive and productive work culture that is oriented to diversity of expertise.


- Menyediakan kemudahan dan ruang kerja yang kondusif dan komprehensif dengan pelbagai sistem teknologi dan perisian untuk melicinkan proses kerja sejajar dengan panduan pengagihan keperluan staf.
- Menyediakan peluang latihan bersesuaian dan peningkatan kerjaya kepada warga kerja KUIPs sejajar dengan objektif penubuhannya.
- Mewujudkan budaya kerja kondusif dan produktif yang berorientasikan kepelbagaian kepakaran.

 

For The Country / Kepada Negara

- Producing knowledgeable and competent human beings to catalyze the development and modernization of the nation.
- Produce research and publications that are able to contribute to the agenda of knowledge for nation-states, and human beings.
- Ensure that all KUIPs are always ready to volunteer to volunteer and to serve individuals and communities who need help.


- Melahirkan insan berilmu dan beramal yang kompeten dalam memangkin pembangunan dan pemodenan negara.
- Menghasilkan penyelidikan dan penerbitan yang mampu memberikan sumbangan kepada agenda keilmuan untuk negara-bangsa dan manusia sejagat.
- Memastikan setiap warga KUIPs sentiasa bersiap sedia memberi khidmat sukarela dan menabur bakti kepada individu dan masyarakat yang memerlukan bantuan.

//kuips.edu.my/v4/wp-content/uploads/2017/09/objektif_Kuips.jpg