WordPress database error: [Duplicate entry '8388607' for key 'wp_visitors_stat.id']
INSERT INTO `wp_visitors_stat` (`time`, `ip`) VALUES ('1775866537', '18.97.9.172')

KUIPs SASAR WUJUDKAN EKOSISTEM KEUSAHAWANAN -

KUIPs SASAR WUJUDKAN EKOSISTEM KEUSAHAWANAN

Oleh: Samsudin Oli Mohamed

KUALA PERLIS, 2 Oktober 2024 – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) berhasrat untuk mentransformasikan pelajar menjadi usahawan berjaya disamping mewujudkan lebih ramai pencipta kerja.

Rektor KUIPs, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, dengan mewujudkan ekosistem keusahawanan yang kondusif dan lestari ini pastinya dapat membentuk usahawan muda yang berjaya di kalangan graduan atau alumni kampus ini.

‘Saya yakin melalui program seperti hari ini yang menggabungkan ahli panel dari industri untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan berkaitan melalui Wacana Keusahawanan yang bertajuk “Muslimpreneur Talk: Excel The Falah” dan aktviti keusahawanan yang dianjurkan sempena program ini pastinya dapat mempercepatkan hasrat universiti ini,’ ujar beliau ketika merasmikan Mini Carnival Eduprenuer 2.0 anjuran Fakulti Perniagaan Dan Sains Pengurusan (FPSP) dengan Kerjasama Pejabat Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar Dan Alumni (TRPPA) di Kampus Kuala Perlis pagi ini.

Sempena karnival yang diadakan beberapa program yang turut diadakan ialah pertandingan keusahawanan seperti Business Model Canvas (BMC) Pitching Competition, Edupreneur Quizmania Challenge dan KUIPs Fantastic 4 Business Showdown.

Dalam pada masa yang sama sesi perkongsian Daurah Maghrib bertajuk “The Nur Rizq” serta pembukaan reruai agensi keusahawanan, aneka gerai-gerai jualan turut diadakan.

Pastinya penglibatan pelajar, staf dan penduduk negeri ini yang mengunjungi karnival ini akan dapat melihat, menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan.

Sempena karnival ini Rektor KUIPs turut melawat dan menyampaikan sijil kepada agensi-agensi yang mengambil bahagian di karnival yang diadakan ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Nor, Setiausaha kehormat Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis, Dato’ Johari Mohd Darus, Dekan FPSP Dr Farah Mastura Noor Azman, Pengarah Jabatan Penerangan Perlis, Timbalan Pengarah Pendidikan Perlis, Dekan-dekan dan pegawai-pegawai KUIPs.

Bagi menjayakan karnival ini beberapa panel dan moderator turut dijemput antaranya Personaliti Media Prima, Ally Iskandar Mohd Mardzi, Personaliti TV9, Nor Syamira Izzati Mohd Nazir, Ketua Pegawai Eksekutif Moktis, Siti Fatimah Adnan, Ketua Pegawai Pengurusan Moktis, Tuan Pengiran Muhd ’Adil, Pengurus Cawangan SSM Perlis dan Ahmad Nizam Samsoo.