WordPress database error: [Duplicate entry '8388607' for key 'wp_visitors_stat.id']
INSERT INTO `wp_visitors_stat` (`time`, `ip`) VALUES ('1775855823', '185.191.171.19')

FMKI ANJUR SUKAN PIALA DEKAN FMKI SEMPENA ULANG TAHUN KE-5 -

FMKI ANJUR SUKAN PIALA DEKAN FMKI SEMPENA ULANG TAHUN KE-5

Oleh: Nabilah Wafa’ Mohd Najib

FMKI ANJUR SUKAN PIALA DEKAN FMKI SEMPENA ULANG TAHUN KE-5

KUALA PERLIS, 12 OKtober 2024 – Fakulti Muamalat dan Kewangan Islam (FMKI), Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menganjurkan sukan Piala Dekan FMKI sempena sambutan ulang tahunnya yang ke lima baru-baru ini.

Kejohanan ini menyaksikan 48 pelajar dan kakitangannya bersama Pusat Pengajian Asasi (PPA) yang dijemput bersama untuk merebut Piala Dekan FMKI yang dipertandingkan ini.

Tiga acara yang dipertandingkan ialah futsal, bola jaring dan memanah tradisional.

Pemangku Dekan Mardziyah Mohd Isa berkata, kejohanan julung kali yang dianjurkan ini menekankan konsep Applied Sunnah yang menjadi teras untuk membangunkan kerohanian dan jasmani pelajar selain daripada sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).

“Saya yakin melalui kejohanan sukan ini juga dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental di kalangan pelajar dan staf juga,” ujarnya.

Bagi pertandingan bola jaring dan futsal Johan dimenangi oleh pelajar dari FMKI manakala memanah pula dimenangi oleh individu dari Pusat Pengajian Asasi.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Dekan dan Timbalan Dekan Akademik FMKI.