
Oleh: Ahmad Ash-Shathibi Aswady
PROGRAM KASIH KUIPs BERSAMA PENDUDUK UJUNG BUKIT
KUALA PERLIS – 19 Oktober 2024 – Bahagian Penginapan dan Kediaman (BPK), Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menganjurkan program Kasih Komuniti pada 19 Oktober 2024 lalu.
Program ini diadakan bagi menyemai semangat kesukarelawanan dalam diri kakitangan dan mahasiswa universiti ini.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini yang melibatkan 21 staf dan 33 pelajar.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong, pertandingan mewarna, sukaneka, bola jaring penalti, pemeriksaan kesihatan percuma dan slot Hebat Ad-Din.
Majlis penutupan dilakukan oleh Pemangku Timbalan Rektor Pembangunan Pelajar dan Alumni Dr Mohd Aizul Yaakob.
Lapan penaja yang turut menjayakan program sehari di Kampung Ujung Bukit ialah Bank Rakyat, Bank Islam, Al-Ikhsan Sport, YADIM, Yayasan YARA, MUDIM, Khidmat 4 Komuniti dan Tunas Teratai.
Turut hadir Pengarah JHEPA Hanif Mohammadan dan Pengarah program Rifhan Syafinaz Shabri.