PERSEDIAAN MEMOHON PTPTN
PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN
- Pelajar PERLU membuka akaun simpanan (persendirian) sebagai persediaan untuk membuat permohonan (TERTAKLUK KEPADA JENIS BANK DITETAPKAN OLEH PIHAK PTPTN).
- Pelajar DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus dengan simpanan minimum RM 20.00 untuk memohon PTPTN (pembukaan akaun boleh dibuat di Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam, Agrobank, RHB Bank atau mana-mana cawangan PTPTN bagi mendapatkan nombor akaun SSPN-i SERTA MERTA).
- Pemohon PERLU membeli Nombor PTPTN di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan nilai RM5.00.
- Nombor PTPTN ini diperlukan untuk membuat permohonan.
- Nombor PTPTN hanya sah dalam TEMPOH 6 BULAN bermula dari tarikh pembelian.
- Pastikan EMEL yang digunakan semasa permohonan pinjaman adalah emel sah peminjam yang aktif dan terkini. Semua urusan berkaitan PTPTN akan menggunakan alamat emel tersebut.
Nota: Kaedah pembelian nombor PTPTN di BSN boleh diperolehi di Laman Rasmi BSN atau di talian 1300 88 1900
PERSEDIAAN SELEPAS MEMBUAT PERMOHONAN
- Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN di Laman Web Permohonan Pembiayaan Online atau emel pelajar dalam tempoh 5 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan Online mengikut kelompok yang ditetapkan.
- Permohonan yang berjaya ditawarkan Pembiayaan PTPTN perlu melayari Laman Web Permohonan Pembiayaan Online untuk mencetak dokumen yang disenaraikan. (Senarai semak disediakan di laman web PTPTN sekiranya permohonan diluluskan).
- Berikut adalah panduan dan peraturan mengisi dokumen tawaran pinjaman pendidikan / pinjaman semula pendidikan PTPTN :-
- Sila cetak dokumen tawaran daripada laman web yang mengandungi dokumen-dokumen berikut:-
- Senarai Semak Dokumen
- Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan/ Pinjaman Semula Pendidikan
- Akuan Peneriman
- Surat Kebenaran 1, 2, 3 dan 4
- Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan/ Pinjaman Semula Pendidikan
- Dokumen Lampiran Perjanjian Pinjaman Pendidikan / Pinjaman Semula Pendidikan
- Lampiran A – Akuan Terimaan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan/ Pinjaman Semula Pendidikan
- Pelajar perlu menyediakan dua (2) set dokumen yang merangkumi perkara 2), 3) dan 4) di atas. Bagi perkara 1) dan 5) hanya satu set.
- Setiap cetak dokumen tawaran mestilah menggunakan kertas bersaiz A4 (80 gsm) dengan menggunakan satu muka kertas untuk setiap satu (cetakan tidak dilakukan pada muka hadapan dan belakang pada helaian yang sama. Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam.
Peringatan:
Satu (1) set salinan perlu dicetak terus daripada komputer manakala set salinan kedua boleh dibuat salinan pendua (fotostat) sebelum pengisian dilakukan. Kedua-dua set tersebut perlu diisi dan ditandatangani oleh PELAJAR dan SAKSI.
- Sila semak butir-butir diri serta maklumat pengajian dan pinjaman seperti yang terdapat di dalam cetakan Dokumen Tawaran pinjaman Pendidikan PTPTN.
- Hanya pindaan pada ejaan Nama, Alamat, Nama Bank dan Nombor Akaun Bank yang dibenarkan. Pindaan hendaklah dibuat pada Surat Tawaran Pinjaman serta mengisi Borang Perubahan Maklumat Pelanggan (boleh diperolehi di dalam laman web PTPTN – www.ptptn.gov.my). Setiap pindaan mestilah disertakan dengan salinan dokumen sokongan (sekiranya perlu).
- Pindaan selain daripada maklumat yang dijelaskan di para 2 di atas adalah tidak dibenarkan. Pelajar perlu membuat permohonan baru sekiranya terdapat pembetulan pada maklumat tersebut.
Setem Hasil bernilai RM10.00 perlu disediakan sebanyak dua (2) keping iaitu RM10.00 bagi setiap set Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan.
- Hanya boleh menggunakan pen/pen mata bulat (ball point) BERDAKWAT HITAM atau BIRU sahaja. Pastikan hanya satu warna pen sahaja digunakan.
- Setiap dokumen hendaklah DITULIS DENGAN TANGAN dan BERHURUF BESAR.
Jika berlaku KESILAPAN semasa MENGISI DOKUMEN TAWARAN, pelajar perlu satu gariskan lurus dan turunkan tandatangan ringkas di sebelah kanan setiap pembetulan (dilarang sama sekali menggunakan sebarang getah atau cecair pemadam/liquid paper). - Kaedah mengisi DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN:
- AKUAN PENERIMAAN, SURAT KEBENARAN 1, SURAT KEBENARAN 2, SURAT KEBENARAN 3 dan SURAT KEBENARAN 4
- Pelajar perlu menurunkan TANDATANGAN PELAJAR dan mengisi TARIKH ditandatangani di ruangan yang disediakan.
- PERJANJIAN PINJAMAN
- Pelajar perlu menyemak pada JADUAL PINJAMAN.
- Pelajar perlu menurunkan TANDATANGAN PELAJAR di ruangan yang disediakan.
- Pelajar perlu memastikan butir-butir maklumat saksi dilengkapkan termasuk TANDATANGAN SAKSI.
- Sila rujuk Syarat Kelayakan Saksi Pelajar di mukasurat 4.
- Sila kosongkan TARIKH PERJANJIAN pada bahagian (i) Jadual Pinjaman.
- LAMPIRAN PERJANJIAN PINJAMAN
- Pelajar perlu menurukan tandatangan ringkas pada setiap muka surat pada ruangan yang disediakan.
- LAMPIRAN A – AKUAN TERIMAAN SURAT TAWARAN DAN DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN / PINJAMAN SEMULA PENDIDIKAN PTPTN
- Pelajar perlu menurunkan TANDATANGAN dan mengisi TARIKH ditandatangani di ruangan yang disediakan. Sila kosongkan tarikh serahan. Tarikh tersebut akan diisi/dimaklumkan oleh pegawai PTPTN ketika sesi serahan berlangsung di IPT.
SETEM HASIL bernilai RM10.00 hendaklah ditampal di sudut kanan atas di muka hadapan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan/Pinjaman Semula Pendidikan (muka surat 7/15) pada kedua-dua set (di ruangan yang disediakan).
Contoh: Sila Rujuk 1. Urusan pembatalan Setem Hasil akan dilakukan oleh PTPTN.

- Dokumen sokongan perlu disediakan dan disusun sepertimana yang dinyatakan di dalam Senarai Semak. Hanya satu (1) salinan dokumen sokongan diperlukan.
Salinan dokumen sokongan hendaklah disediakan dengan menggunakan kertas BERSAIZ A4 berwarna putih dan tidak perlu disahkan. Salinan dokumen sokongan hendaklah dipalang dua (2) garisan lurus dan ditulis “Kegunaan PTPTN Sahaja”.- Contoh palang 2 garisan lurus pada Surat Tawaran Kemasukan ke IPT

Dokumen yang telah lengkap dan perlu dikembalikan segera kepada PTPTN ialah:
- Senarai Semak Dokumen dan Lampiran A – Akuan Terimaan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan/ Pinjaman Semula Pendidikan – satu (1) set.
- Dua (2) set bagi dokumen berikut:*
- Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan;
- Akuan Penerimaan;
- Surat Kebenaran 1, 2, 3 dan 4.
- Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan/Pinjaman Semula Pendidikan yang telah diletakan Setem Hasil
- Dokumen Lampiran Pinjaman Pendidikan;
*Nota: Setiap satu set adalah untuk PELAJAR dan PTPTN. Satu set salinan pelajar akan diserahkan kepada pelajar setelah pegawai PTPTN melengkapkan ruangan di muka surat 9/15.
- Dokumen sokongan yang diperlukan mengikut Senarai Semak
- Dokumen di atas disusun mengikut senarai semak dan DISERAHKAN kepada PTPTN semasa Sesi Serahan dan Penerimaan Dokumen Perjanjian yang dihadiri oleh pegawai petugas PTPTN di IPT masing-masing. Pelajar yang tidak dapat hadir semasa sesi berkenaan hendaklah menyerahkan dokumen tersebut terus kepada Pejabat PTPTN yang berdekatan dalam tempoh sah laku yang ditetapkan iaitu dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat tawaran.
- Saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia.
- Individu yang layak menjadi SAKSI PELAJAR adalah seperti berikut:
- Wakil Rakyat/ Senator
- Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
- Pengamal Undang-Undang
- Jaksa Pendamai
- Pengetua/Guru Besar (sekolah kerajaan sahaja)
- Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Masyarakat/Sidang/Pegawai Pembangunan Mukim.
- Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).
- Untuk Sabah dan Sarawak – Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Kapitan/Pemanca/Pegawai Taman Sabah.
- Pegawai-pegawai IPTS yang mendapat kebenaran bertulis daripada PTPTN.
- Cop saksi hendaklah mempunyai nama, no. kad pengenalan, jawatan dan jabatan/alamat di mana pegawai bertugas.
PERHATIAN !
Pihak PTPTN berhak menolak dokumen yang tidak lengkap, tidak kemas, kotor dan terlalu banyak kesilapan serta saksi yang tidak layak.
Kemaskini sehingga 30 Ogos 2021

Kolej Universiti Islam Perlis
Taman Seberang Jaya Fasa 3,
02000 Kuala Perlis, Perlis.
Hubungi Kami
Email: info@kuips.edu.my
Telefon: +604-9851150
Isnin-Jumaat: 8:00 - 5:30
Ditutup : Sabtu-Ahad
