Logo-KUIPs-full

+604 - 9851 867

info@kuips.edu.my

DIPLOMA AL QURAN WAL QIRA’AT (MQA/PA 13046)

//kuips.edu.my/v4/wp-content/uploads/2020/06/Webp.net-resizeimage.jpg
1 NAMA PROGRAM DIPLOMA AL-QURAN WAL QIRA'AT (MQA/PA 13046)
2 MAKLUMAT/PENGENALAN PROGRAM Program ini disediakan dengan teliti untuk disesuaikan dengan mereka yang ingin menguasai bacaan, hafalan dan tajwid Al-Quran berserta pengetahuan tentang beberapa bentuk Qira'aat dan aplikasinya dalam beberapa surah Al-Quran serta pendedahan kepada beberapa asas-asas penting Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Ia juga bagi melayakkan generasi muda dalam mendapatkan pekerjaan, berkeupayaan untuk membuat keputusan yang tepat dan berkemahiran, serta membolehkan mereka memberikan perkhidmatan kepada badan organisasi dan masyarakat di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Program ini juga menyiapkan mereka untuk pasaran pekerjaan seperti bidang pendidikan, perjawatan agama, perterjemahan serta penyiaran, dalam masa yang sama dapat menjaga integriti, moral dan rohani berlandaskan ketakwaan.
3 STRUKTUR KURSUS
4 JUMLAH JAM KREDIT 96 JAM KREDIT
5 TEMPOH PENGAJIAN 3 TAHUN
6 YURAN PENGAJIAN
  • RM 16,150 (PELAJAR TEMPATAN)
  • RM 18,050 (PELAJAR ANTARABANGSA)
7 PENGAMBILAN September 2020
8 SYARAT KEMASUKAN Kriteria kelayakan akademik minimum untuk program ini adalah seperti berikut:
    i. Pemohon mestilah Sijil Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian 3 mata pelajaran dan lulus salah satu mata pelajaran bahasa Arab atau salah satu mata pelajaran Pengajian Islam; ATAU

    ii. Sijil yang diiktiraf dalam Pengajian Islam atau yang setaraf dengannya; ATAU

    iii. Pemohon mestilah lulus (STPM) atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya mendapat CGPA minimum 2.00 dan mesti mendapat kepujian dua mata pelajaran, salah satu daripadanya adalah berkaitan dengan Bahasa Arab atau Pengajian Islam; ATAU

    iv. Pemohon lulus STAM dengan mendapat sekurang-kurangnya gred Maqbul (lulus); ATAU

    Pelajar Antarabangsa:

    i. Pemohon mestilah mempunyai Diploma Sekolah Tinggi atau setaraf dengan sekurang-kurangnya (12) tahun pengajian

    ii. Pemohon mestilah lulus tiga mata pelajaran SIjil global peringkat pertengahan yang dikenali sebagai peringkat GCE O, mengikut sistem pendidikan British

    iii. Lain-lain keperluan yang diperlukan oleh Kerajaan Malaysia

    iv. Sila rujuk senarai syarat kemasukan pelajar antarabangsa (Lampiran A)

    Syarat khas untuk semua pemohon:

    i. Penguasaan bahasa Arab

    ii. Penguasaan membaca Al-Quran dengan betul

    iii. Lulus keperluan KUIPs (temuduga atau ujian penempatan), ini adalah satu proses kemasukan ke Program ini

    iv. Memenuhi keperluan Bahasa Inggeris (keperluan pengijazahan)

Fill In Enquiry form and our Counselors will Contact you soon