Logo-KUIPs-full

+604 - 9851 867

info@kuips.edu.my

Fakulti Al-Quran Dan As-Sunnah

Penubuhan Fakulti Al-Quran Dan As-Sunnah (FQS) pada 17 April 2019 adalah bagi menyebarluaskan ilmu dan kefahaman berkenaan Quran dan Sunnah yang sebenar. Fakulti ini bertanggungjawab dalam pengajaran berkaitan ilmu-ilmu Quran dan merencanakan untuk memperluaskan skop pengajian. Bukan setakat itu sahaja, FQS bertanggungjawab mengembangkan lagi Syair Islam di mana dengan membuka ruang kepada para penyelidik dan pendidik untuk mengkaji, menyelidik serta menyebarkan pengetahuan dan hikmat yang terkandung di dalam kitab suci Al-Quran dan Sunnah kepada masyarakat dan Negara.

 

FPI juga dipertanggungjawabkan menyediakan dan memastikan 80% kurikulum pengajian Islam, Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab dan al-Quran berteraskan al-Quran dan Sunnah dan berdaya saing, memberi perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang cekap, sistematik dan berkesan dan memastikan mutu perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran melalui peningkatan kualiti yang berterusan. Selain daripada itu, FPI juga menjadi wadah untuk ta’aruf antara pelbagai bangsa dan latar.

Mewujudkan pendidikan tinggi berteraskan Penerapan pengetahuan dan pemahaman Quran dan Sunnah yang mapan.

Melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan pemahaman Quran dan Sunnah yang mempamirkan personaliti unggul muslim serta menjadi teladan dalam pembentukan sahsiah ummah.

Fakulti Al-Quran dan As-Sunnah ditubuhkan bagi memenuhi objektif-objektif berikut :

 

  1. Melahirkan siswazah yang berkemampuan untuk memahami dan mengambil hukum dari sumbernya yang asal iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

  2. Dapat membentuk siswazah yang mempunyai kefahaman yang menyeluruh terhadap pemikiran Islam di bidang akidah, syariah dan akhlak yang berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Selain itu juga siswazah juga dapat memahami perkembangan pemikiran semasa.

  3.  Hasrat untuk melahirkan tenaga manusia yang dapat melaksanakan tugas dengan sempurna dalam masyarakat terutama dalam bidang Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah seperti guru, penyelidik dan pegawai.

1. Memberikan penekanan terhadap aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P) diutamakan bagi merancanakan pembangunan potensi pelajar dengan membangunkan program baharu di bawah Fakulti Al-Quran dan As-Sunnah yang bersifat inovatif yang mengintegrasikan antara pengajian Al-Quran dan As-Sunnah.


2. Memberikan perkhidmatan tenaga pengajar yang berkualiti dan berpengetahuan tinggi untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan dan cemerlang.


3. Menghasilkan pengajaran yang baik dan berupaya untuk merangsang pelajar melibatkan diri dalam proses pembelajaran.


4. Menggunakan amalan terbaik untuk melahirkan ilmuan Islam yang berpendidikan sepadu dan modal insan yang menghayati moto:

“Syumul, Taqwa, Dinamik”


5. Membentuk graduan yang berkualiti, kreatif dan inovatif dalam kaedah penyampaian dan meningkatkan pengalaman serta penghayatan masyarakat terhadap Quran dan Sunnah.

SILA RUJUK LAMPIRAN

  • Diploma Al-Quran Wal Qira’at (MQA/PA13046)
  • Ijazah Sarjana Muda Bahasa Al-Quran dan Sunnah dengan Kepujian (MQA/PA13048)

(Kesemua Program masih belum dijalankan kerana masih menunggu kelulusan di peringkat kementerian)

BIL. NAMAJAWATANJABATANEMEL
1.DR. ASHRAF HASSAN MOHAMED HASSAN                        PEMANGKU DEKAN & TIMBATAN DEKAN PASCA SISWAZAH DAN PENYELIDIKANJABATAN AL QURAN DAN SUNNAH          drashraf@kuips.edu.my
2.DR. AMIR ADEL MABROUK ELDEIB  KETUA JABATAN AL QURAN WA’ULUMIHJABATAN AL QURAN WA’ULUMIHdramir@kuips.edu.my
3.DR. QOSIM MUHAMMED TIJANI  KETUA JABATAN BAHASA AL QURAN  JABATAN BAHASA AL QURAN  qosim@kuips.edu.my
4.BELUM DIISIKETUA JABATAN AS-SUNNAH WA’ULUMIHJABATAN AS-SUNNAH WA’ULUMIH