Logo-KUIPs-full

+604 - 9851 867

info@kuips.edu.my

Logo KUIPs

Rekabentuk

Reka bentuk Logo Rasmi Kolej Universiti Islam Perlis adalah didasarkan pada urutan huruf Roman (K.U.I.P.s) yang kemudiannya diproses dan direka sesuai dengan gaya kaligrafi Islam berlatar belakangkan masjid. Masjid ini melambangkan Institusi Keagamaan Islam atau bangunan yang dibina untuk tujuan ibadah ke jalan Allah SWT selari dengan penubuhan KUIPs sebagai Institusi Pengetahuan dan Pembangunan Manusia, yang akan digunakan ke jalan Allah SWT.

Tarikh Kelulusan: 8/11/2019

No.Rujukan: JPT/BPP(U)1000-801/138/Jld5(7)

Pertama: Bulan dan bintang adalah simbolik kepada agama Islam. Ia sering digunakan sebagai kubah mercu tanda masjid, cokmar dan reka bentuk struktur seni Islam yang unik. Logo tersebut menggunakan warna biru dan kuning sebagai warna rasmi asas bendera untuk mewakili negeri Perlis.

Kedua: Pada dasarnya huruf itu direka mengikut huruf Alif iaitu huruf pertama Hijaiyah. Reka bentuk ini juga boleh didefinisikan sebagai nombor 1, yang merupakan simbol tanda keyakinan pada Allah Yang Esa, Allah S.W.T. Ia juga selaras dengan visi KUIPs untuk menjadi nombor 1 dan Pusat Pengetahuan Islam yang terbaik.

Ketiga: Tiga lapisan garis dasar pada logo ini direka untuk melambangkan pembangunan manusia, iaitu kepatuhan kepada Agama, Negara dan Bangsa.

Keempat: Gabungan warna elemen ‘Gradient’ dengan tona warna emas turut menguatkan struktur reka bentuk supaya kelihatan lebih runcing dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Keseluruhan reka bentuk logo yang seimbang juga menyerlahkan keseimbangan kehidupan manusia, dunia dan akhirat.

Kelima: Font ‘Garamond’ telah digunakan sebagai font rasmi logo KUIPs kerana ianya melambangkan profesionalisme dan gaya dalam pembelajaran dan pengajaran di KUIPs. Ianya selaras dengan watak yang kuat dan kohesif. Kaligrafi Arab ‘Jami’ah Islamiah Birlis’ melambangkan penggunaan bahasa Arab yang juga bahasa Quran. Kaligrafi telah direka menggunakan teknik Khat Diwan / Diwani.