Logo-KUIPs-full

+604 - 9851 867

info@kuips.edu.my

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

KUIPS dengan penuh tekad dan komitmen berusaha untuk merealisasikan misi, visi dan objektif KUIPS untuk menjadi sebuah Kolej Universiti Islam terkenal di peringkat antarabangsa yang menawarkan program pengajian Islam yang mengintegrasikan konsep tradisional dan kontemporari selaras dengan moto “Syumul, Taqwa dan Dinamik” , untuk memenuhi hak para Pelanggan seperti berikut:

Untuk Pelajar

  • Menyediakan program pengajian Islam yang mengintegrasikan konsep tradisional dan kontemporari dalam pelbagai bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan, Badan Akreditasi dan Badan-Badan Profesional serta memenuhi keperluan industri.

  • Menyediakan sinergi terbaik dalam kualiti perkhidmatan dan infrastruktur.

  •  Menyokong proses pembelajaran dan pengajaran.

  • Memastikan pelajar menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan setelah menyempurnakan syarat pengajian serta memiliki nilai kemanusiaan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Untuk Kakitangan

  • Menyediakan kemudahan dan ruang kerja yang kondusif dan komprehensif dengan pelbagai teknologi, sistem dan perisian untuk melicinkan proses kerja selaras dengan garis panduan pengagihan kakitangan.

  • Menyediakan peluang latihan dan peningkatan kerjaya yang sesuai kepada kakitangan KUIPs selaras dengan objektif penubuhannya.

  • Mewujudkan budaya kerja yang kondusif dan produktif yang berorientasikan kepelbagaian kepakaran.





Untuk Negara

  • Menghasilkan manusia yang berilmu dan berwibawa untuk memangkin pembangunan dan pemodenan negara.
  • Menghasilkan penyelidikan dan penerbitan yang dapat menyumbang kepada agenda pengetahuan untuk negara bangsa, dan manusia sejagat.
  • Memastikan warga KUIPs sentiasa bersedia untuk menjadi sukarelawan dan berkhidmat kepada individu dan masyarakat yang memerlukan bantuan.