Logo-KUIPs-full

+604 - 9851 867

info@kuips.edu.my

PUSAT BAHASA & PENGAJIAN UMUM

Pusat Bahasa & Pengajian Umum KUIPs ditubuhkan pada awal tahun 2018 yang bertujuan untuk berkhidmat, menyelia dan menyediakan kemahiran Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Pengajian Umum yang diperlukan selaras dengan matlamat pusat untuk membentuk pelajar KUIPs yang cekap dan mahir dalam kemahiran berbahasa.

Secara umumnya, Pusat Bahasa & Pengajian Umum memainkan peranan penting sebagai pusat perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan sokongan kepada entiti akademik. Oleh itu, penubuhan Pusat Bahasa & Pengajian Umum (KUIPs) bertujuan untuk menawarkan kursus teras dan wajib yang ditetapkan oleh Majlis Akreditasi Malaysia (MQA) untuk semua Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Pusat Bahasa & Pengajian Umum juga bertanggungjawab dalam menguruskan terjemahan dokumen, penyuntingan dan pembacaan semula tesis dan tesis kedoktoran, serta kursus intensif bahasa (Arab dan Inggeris) kepada para pelajar.

Menjadi sebuah Pusat Bahasa & Pengajian Umum yang terbaik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta pemahaman pelbagai budaya warisan dan sejarah selaras dengan piawaian kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran.

Menawarkan bidang bahasa dan pengajian umum bagi memenuhi keperluan pelanggan secara professional.

  1. Memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris, bahasa Kebangsaan dan bahasa Arab secara kompetensi dalam kalangan pelajar KUIPs.

  2. Meningkatkan kefahaman tentang nilai-nilai mulia, sejarah dan tanggungjawab dalam masyarakat serta penguasaan kemahiran insaniah berteraskan Rukun Negara.
  1. Perkhidmatan Terjemahan dan Suntingan.

SILA RUJUK LAMPIRAN

1) English Intensive Course

2) Malay Intensive Course

3) Arabic Intensive Course

1) Unit Bahasa Melayu

2) Unit Bahasa Inggeris
– Perkhidmatan Terjemahan dan Suntingan

3) Unit Bahasa Arab

4) Unit Pengajian Umum