Pusat Kaunseling & Kerjaya

PKK150

Insan Seimbang Menjana Kesejahteraan

-

Merealisasikan perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya berlandaskan etika profesional dalam membentuk keseimbangan diri Mahasiswa/i daripada aspek kognitif, spiritual, afektif, tingkahlaku dan sosial secara holistik bagi melahirkan mahasiswa/i Syumul, Taqwa, Dinamik selaras dengan teras Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Mengaplikasikan dan memfokuskan kepada perkembangan, penyesuaian dan perubahan serta kemajuan di dalam diri mahasiswa/i melalui pengaplikasian pendekatan kaunseling secara menyeluruh dalam membentuk keseimbangan dan kesejahteraan hidup sepanjang hayat mahasiswa/i.

  • Pusat Kaunseling memainkan peranan penting dalam membantu mahasiswa/i Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dari segi akademik, peribadi, kerjaya dan perkembangan interpersonal melalui Kaunseling Individu, Kaunseling Kelompok, Kaunseling Kerjaya, Perundingan, Aktiviti Bimbingan, Ujian Psikologi dan E-kaunseling.

 

  • Menganjurkan program-program pembangunan mahasiswa/i dan pembangunan kerjaya melalui penekanan aspek pencegahan, pemulihan, perkembangan dan intervensi dalam membimbing isu-isu mahasiswa/i seperti tekanan, krisis dan konflik, isu peribadi dan kerjaya bagi mencapai perkembangan, penyesuaian dan perubahan serta kemajuan diri sepanjang hayat.

SKOP PERKHIDMATAN

Kaunseling Individu

Kaunseling Kelompok

Kaunseling Kerjaya

Perundingan

Aktiviti Bimbingan

Ujian Psikometrik

E-Kaunseling

Hubungi Kami

UJIAN PSIKOMETRIK

  • Inventori Personaliti Sidek
  • Inventori Personaliti Warna
  • Inventori Minat Kerjaya Sidek
  • Inventori Gaya Bercinta
  • DASS (Depresion Anxiety Stress Scale)
  • Ujian Stress (Remaja)