KEJAYAAN AKAN TERCAPAI DENGAN KERJA KERAS
KANGAR 8 Sept. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan bahawa sesuatu kejayaan akan hanya tercapai dengan kerja keras dan niat
Mempersediakan graduan yang berdaya saing diperingkat global dengan keperibadian yang Syumul, Dinamik dan Bertaqwa.
Muncul sebagai pusat kecemerlangan yang unggul dalam membentuk insan bermodal intelektual dan berkemahiran insaniah yang bersesuaian dengan kehendak pasaran kerja semasa.
Pusat Pengajian Umum & Ko- Kurikulum (GeSCCC) komited dalam mematuhi pelan strategik pengajian tinggi negara seiring dengan visi, misi dan objektif kualiti Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan holistik untuk memenuhi kehendak pasaran semasa. GeSCCC turut komited untuk memastikan kehendak pelanggan dicapai melalui semakan objektif kualiti pusat secara berkala bagi memastikan dasar kualiti pusat yang dipraktikan oleh GeSCCC adalah berkesan.
Memastikan 80% pelajar yang mendaftar kursus-kursus Pengajian Umum mencapai sekurang-kurangnya 3.0 pada setiap semester.
Mensasarkan 80% pelajar yang mendaftar Ko- Kurikulum Berkredit mendapat gred A pada setiap semester pengajian.
Memastikan sekurang- kurangnya 90% pelajar berjaya menamatkan elemen-elemen 7 Pillars sebelum 2 semester tahun sebenar bergraduat.
Melaksanakan pemurnian dan penilaian silibus bagi semua kursus sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.
Memastikan 80% pelajar antarabangsa berjaya melepasi tahap kompetensi Bahasa Melayu dengan mencapai sekurang-kurangnya 3.0
ASASI
Pelajar asasi diwajibkan untuk mengambil SEMUA kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) seperti yang telah ditetapkan.
DIPLOMA
Semua pelajar diploma diwajibkan untuk mengambil SEMUA kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) seperti yang telah ditetapkan kecuali Bahasa Kebangsaan A (hanya untuk pelajar tempatan yang tidak kredit Bahasa Melayu SPM sahaja)
IJAZAH SARJANA MUDA
Semua pelajar diploma diwajibkan untuk mengambil SEMUA kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) seperti yang telah ditetapkan kecuali Bahasa Kebangsaan A (hanya untuk pelajar tempatan yang tidak kredit Bahasa Melayu SPM sahaja).
Ko- Kurikulum Berkredit bertujuan untuk melahirkan modal insan yang cakna kepada perkembangan semasa, prihatin terhadap perubahan pada teknologi dan latar masyarakat serta menerapkan sifat profesionalisme yang mempunyai sikap positif, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam menyelesaikan masalah di samping mengamalkan etika dan nilai murni untuk kesejahteraan sejagat. Ko- Kurikulum dibahagikan kepada DUA (2) bidang teras utama iaitu:
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan khidmat masyarakat, penubuhan jawatankuasa pelaksana khidmat masyarakat, penyediaan kertas kerja, mesyuarat dengan agensi, kaedah berkomunikasi dengan masyarakat, simulasi program, pelaksanaan program, penyediaan dan pembentangan laporan program.
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengenalan khidmat masyarakat, penubuhan jawatankuasa pelaksana khidmat masyarakat, penyediaan kertas kerja, mesyuarat dengan agensi, kaedah berkomunikasi dengan masyarakat, simulasi program, pelaksanaan program, penyediaan dan pembentangan laporan program.
7 Pillars of KUIPs merupakan elemen nilai tambah dalaman yang diwujudkan oleh KUIPs dalam memberi satu kelainan dan kelebihan kepada graduan KUIPs. Persaingan yang hebat dan kompetatif pada hari ini menyebabkan graduan terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan setelah menamatkan pengajian masing-masing. Hal ini merupakan satu cabaran yang sangat hebat. Antara elemen yang menjadi pilihan KUI Ps untuk dipakejkan dalam 7 Pillars of KUIPs ini adalah seperti berikut:
Ketujuh-tujuh elemen di atas ini diharap bukan sahaja mampu menjadi satu nilai tambah kepada kebolehpasaran graduan malah lebih daripada itu kerana ia merupakan pakej lengkap seorang graduan untuk berbakti di dunia juga akhirat.
TADRIB BADANI (PROPHET’S SPORT)
AL- ZAI AL- KHAS (UNIFORMED BODIES)
MAHARAT TIJARIYAH (ENTREPRENUERSHIP)
TADRIB BADANI (LIFE LEARNING SKILL)
TADRIB KHATABAH (PUBLIC SPEAKING)
TADRIB DA’AWI (HUMAN CAPITAL)
HIFZ AL- QURAN (AL- QURAN MEMORIZING)
Our support Hotline is available 8 Hours a day
Monday-Friday 08:30am to 05:30pm
Weekend : Closed
------------------------------------
Telephone +604 - 9851 867
Fax +604 - 9851 825
Email: info@kuips.edu.my
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs),
Lot 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26 & 27
Rumah Kedai Dua Tingkat,
Taman Seberang Jaya Fasa 3,
02000 Kuala Perlis, Perlis
KANGAR 8 Sept. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan bahawa sesuatu kejayaan akan hanya tercapai dengan kerja keras dan niat
KANGAR 8 Mei – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, menzahirkan rasa bangga kerana Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) sehingga kini
KANGAR 21 April – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bakal memperoleh seorang rektor baharu bagi menggantikan Prof. Madya Dr. Mohd. Mizan Mohammad Aslam yang
BANGKOK 20 Mac – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) giat melaksanakan pembangunan kemudahan untuk umat Islam di negeri berkenaan dan
ARAU 15 Mac – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan rasa bangga dan sukacita baginda kerana Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan bergambar bersama para tetamu semasa berangkat bercemar duli
KANGAR 6 Mac – Sebidang tanah seluas 2.7 hektar di Jalan Mata Ayer di sini, telah dikenal pasti bakal didirikan sebagai sebuah kampus tetap
KANGAR 26 Jan. – Seramai tiga mahasiswa dari negeri ini bertuah kerana telah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar dan Belia Jepun-Asia Timur (Jenesys)
Sukan mampu beri manfaat kepada individu, organisasi – Raja Muda Perlis KANGAR 14 Dis. – Arena Futsal di Jabatan Belia dan Sukan