Logo-KUIPs-full

+604 - 9851 867

info@kuips.edu.my

PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (PUSPA)

Pusat Pengurusan Akademik (PusPA) telah ditubuhkan pada 04 Disember 2018 di bawah struktur governan Bahagian Akademik Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). PusPA merupakan sebuah jabatan yang berorientasikan perkhidmatan kepada mahasiswa-mahasiswi, kakitangan akademik dan pentadbiran dalam hal ehwal pengurusan akademik. Aktiviti akademik adalah merupakan tunjang utama atau core business sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan ianya adalah agenda yang sangat penting dan berimpak tinggi terutamanya bagi sesebuah universiti seperti KUIPs.

PusPA diletakkan di bawah pengawasan dan penyeliaan seorang Pengarah PusPA selaku Ketua Jabatan dan diletakkan di bawah portfolio Timbalan Rektor Akademik dan Ehwal Pelajar.

Menjadi pusat rujukan pembangunan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang efektif dan efisyen.

Memperkasakan asas pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang efektif dan efisyen di kalangan tenaga pengajar akademik di KUIPs.

Memberikan perkhidmatan yang efektif dan efisyen melalui sistem penyampaian yang berkesan kepada pemegang taruh atau stakeholders KUIPs dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP), penilaian akademik, serta jadual dan kuliah.

CO PusPA

Struktur organisasi PusPA terbahagi kepada:

  1. Unit Pengajaran & Pembelajaran
  2. Unit Penilaian
  3. Unit Jadual & Fasiliti Akademik
  4. Unit Penarafan