Pusat Pengurusan Akademik

LATARBELAKANG

Pusat Pengurusan Akademik (PusPA) telah ditubuhkan pada 04 Disember 2018 di bawah struktur governan Bahagian Akademik Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) PusPA merupakan sebuah jabatan yang berorientasikan perkhidmatan kepada mahasiswa-mahasiswi, kakitangan akademik dan pentadbiran dalam hal ehwal pengurusan akademik. Aktiviti akademik adalah merupakan tunjang utama atau core business sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan ianya adalah agenda yang sangat penting dan berimpak tinggi terutamanya bagi sesebuah universiti seperti KUIPs.

PusPA diletakkan di bawah pengawasan dan penyeliaan seorang Pengarah PusPA selaku Ketua Jabatan dan diletakkan di bawah portfolio Timbalan Rektor (Akademik dan Ehwal Pelajar). Struktur organisasi PusPA terbahagi kepada:

  1. Unit Pengajaran & Pembelajaran
  2. Unit Penilaian
  3. Unit Jadual & Kuliah

DASAR KUALITI

5/5

Memberikan perkhidmatan terbaik dan mesra berkaitan pengurusan akademik kepada pemegang taruh atau stakeholders KUIPs.

  • VISI
  • MISI
  • OBJEKTIF


Menjadi pusat rujukan pembangunan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan efisyen.


Memperkasakan asas pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan efisyen di kalangan tenaga pengajar akademik di KUIPs.


Memberikan perkhidmatan yang efektif dan efisyen melalui sistem penyampaian yang berkesan kepada pemegang taruh atau stakeholders KUIPs dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (P&P), penilaian akademik, serta jadual dan kuliah.

A

Memastikan sekurang-kurangnya satu (1) cerapan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan dalam setiap semester sebagaimana yang ditetapkan dalam Takwim Akademik.

B

Memastikan jadual waktu perkuliahan sedia untuk dicetak oleh pelajar selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sebelum sesi perkuliahan bermula.

C

Memastikan jadual waktu perkuliahan sedia untuk dicetak oleh kakitangan akademik selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sebelum sebelum sesi perkuliahan bermula.

D

Memastikan kemudahan fizikal bagi proses pengajaran dan pembelajaran diselaraskan selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja sebelum sesi perkuliahan bermula.

E

Memastikan pelajar melengkapkan borang penilaian pelajar ke atas pensyarah mengikut kursus masing-masing melalui capaian Student Portal selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja sebelum sesi peperiksaan akhir bermula.

Hubungi Kami