PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN & INOVASI (RMIC)

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC), Kolej Universiti Islam Perlis ditubuhkan pada 26 Januari 2017. Secara umumnya, RMIC merupakan pusat dimana segala maklumat dan pengurusan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan inovasi ditadbir urus bagi memudahkan ahli akademik KUIPs.

Menjadi Institusi Pendidikan Tinggi Islam yang ulung dan menghasilkan kajian yang berkualiti.

Menyokong dan mempromosikan penglibatan pensyarah dalam penyelidikan yang selari dengan keperluan dan kepentingan ummah.

RMIC berperanan untuk:

1) Memberi khidmat nasihat penyelidikan. Antara khidmat yang ditawarkan ialah tawaran geran penyelidikan, permohonan geran penyelidikan, panduan mengisi borang, kaedah membuat kertas kerja penyelidikan dan lain- lain.

2) Mengurus permohonan dan pengeluaran geran penyelidikan seperti geran penyelidikan dalaman KUIPs, geran-geran luar merangkumi KPT, MOSTI dan lain-lain.

3) Mengawal selia perjalanan aktiviti penyelidikan. Laporan dikeluarkan setiap enam (6) bulan untuk memaparkan status dan perkembangan penyelidikan.

4) Menjadi pencetus dan penyelaras kepada projek penyelidikan usahasama antara KUIPs dengan pihak industri atau institusi penyelidikan luar.

5) Memasarkan produk dan hasil penyelidikan KUIPs melalui penghasilan pamplet, direktori penyelidikan, laporan tahunan penyelidikan dan juga melalui penyertaan dalam pameran penyelidikan.

6) Menyokong segala aktiviti penyelidikan di kalangan penyelidik dan staf akademik KUIPs.

7) Menjana dan meningkatkan kemahiran penyelidikan di kalangan staf KUIPs.

Sila rujuk Lampiran Carta Fungsi RMIC

Sila rujuk Lampiran Carta Organisasi RMIC.

1) Unit Operasi
2) Unit Kewangan
3) Unit Pengurusan Geran Penyelidikan
4) Unit Pemantauan Geran Penyelidikan
5) Unit Pengurusan Perjanjian Penyelidikan
6) Unit Pengurusan Harta Intelek