
KUALA PERLIS – Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan (FPSP) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menawarkan program dalam bidang perakaunan, Teknologi Maklumat, Perniagaan Dan Pengurusan.
Dekan FPSP Dr Farah Mastura Noor Azman berkata, program yang ditawarkan di sini adalah bagi memenuhi keperluan pelajar, pemegang taruh dan masyarakat.
Katanya, pengajian yang ditawarkan juga bertepatan dengan keperluan pelajar mengikut peredaran semasa yang berminat dalam bidang keusahawanan, memajukan sains dan teknologi serta bidang pengurusan perniagaan.
“Oleh itu bertepatanlah penawaran program yang ditawarkan oleh FPSP yang terdiri dari kalangan pakar bidang perniagaan, pengurusan, teknologi maklumat dan profesional supaya dapat mencapai matlamat dan objektif FPSP dalam perkembangan intelek pelajar.” ujarnya lagi.
Semoga pengajian yang ditawarkan di FPSP ini juga dapat memupuk dan mengekalkan rasa ingin tahu, kreativiti, pembelajaran sepanjang hayat pelajar.
Pelajar yang berminat boleh memohon untuk kemasukan pada September 2024 dengan memilih program-program yang ditawarkan oleh FPSP ini antaranya Diploma Perakaunan, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (Keusahawanan), Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat in Internet Of Things (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Komputer Sains (Sains Data) (Kepujian) dan Ijazah Doktor Falsafah Peniagaan dan Pengurusan (PhD).
Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian disini mereka juga ditawarkan Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs – KUIPs iaitu biasiswa penuh pengajian oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian mereka disini samada diperingkat diploma dan ijazah dengan tajaan penuh sehingga tamat pengajian mereka.
Syarat permohonan pula bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minima tiga kredit, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2.0 dan bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula minima ialah Jayyid.
Manakala kemudahan lain ialah tajaan biasiswa yang dibiayai sepenuhnya oleh MAIPs, kemudahan asrama percuma, yuran pendaftaran dikecualikan dan mereka juga akan diberikan elaun sara hidup bulanan sebanyak RM300 seorang.