Frequently Asked Questions (FAQ)

1. Soalan:
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya ingin memohon penambahan/pengguguran kursus bagi semester semasa?

Jawapan:
Pelajar hendaklah melengkapkan borang penambahan/pengguguran yang boleh didapati daripada pihak fakulti dan dihantar ke fakulti masing-masing untuk kelulusan. Tempoh permohonan dan kelulusan adalah tertakluk kepada Takwim Perancangan PdP Universiti iaitu dalam tempoh dua minggu dari hari pertama semester bermula. Setiap permohonan hendaklah mendapatkan pengesahan dan kelulusan Ketua Jabatan di Fakulti atau Penyelaras Unit di Pusat Pengajian. Setiap permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Akademik (JHEA) melalui emel jhea@kuips.edu.my atau serahan ke kaunter. Hanya permohonan yang telah diperakukan dan diluluskan sahaja yang akan diterima dan diproses oleh Unit Pendaftaran Kursus & Penjadualan, JHEA. Semua permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari selepas permohonan diterima.

2. Soalan:
Bilakah tempoh yang dibenarkan untuk permohonan penambahan/pengguguran kursus?

Jawapan:
Permohonan penambahan/pengguguran kursus mestilah dilakukan dalam tempoh dua minggu dari hari pertama semester bermula. Kelewatan membuat permohonan penambahan/pengguguran kursus dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan denda sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus. Pembayaran perlu dibuat kepada Bendahari KUIPs.

3. Soalan:
Apakah yang perlu saya lakukan setelah pembayaran denda penambahan/pengguguran kursus dibuat?

Jawapan:
Pelajar hendaklah menghantar borang permohonan yang lengkap berserta resit yang diterima dari Bendahari kepada JHEA. Permohonan akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari selepas
permohonan diterima.

4. Soalan:
Adakah permohonan saya diterima sekiranya saya menghantar borang permohonan tanpa perakuan bertandatangan?

Jawapan:
Permohonan tidak diterima. Setiap permohonan hendaklah mendapatkan pengesahan dan kelulusan Ketua Jabatan atau Penyelaras Pusat dan perakuan pemohon. Hanya permohonan yang lengkap sahaja yang akan diterima dan diproses oleh Unit Pendaftaran Kursus & Penjadualan, JHEA.

5. Soalan:
Adakah akan berlaku penjanaan jadual baharu selepas kelulusan permohonan penambahan/pengguguran diterima?

Jawapan:
Tidak. Jadual kuliah kekal seperti asal. Penjanaan jadual baharu hanya dibuat sekiranya terdapat pertindihan slot ke atas jadual kuliah asal dan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Universiti

1.       Soalan:
Apakah kaedah bayaran yuran yang diterima di KUIPs?

Jawapan:
Kaedah bayaran yang diterima di KUIPs adalah secara tunai, online transfer, cek, draft bank, wang pos & kiriman wang.

2.       Soalan:
Bolehkah saya membuat bayaran yuran melalui ATM transfer atau Bank Interfund Transfer atau Cash Deposit Machine (CDM)?

Jawapan:
Kaedah bayaran yang dinyatakan adalah dilarang. Sekiranya bayaran telah dibuat, pelajar perlu menghubungi kepada Jabatan Bendahari untuk mengetahui tindakan yang perlu diambil. Proses kemaskini akan mengambil masa lebih panjang dan Jabatan Bendahari tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan.

3.       Soalan:
Bagaimanakah cara untuk membuat semakan hutang yuran di KUIPs?

Jawapan:
Bagi pelajar yang ingin membuat semakan hutang, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang melalui link berikut:

Borang Semakan Status Bayaran Yuran

Borang yang telah diisi perlu dihantar melalui e-mel jabatanbendahari@kuips.edu.my

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, pelajar juga boleh menghubungi staf di Bahagian Pengurusan Hasil & Kewangan Pelajar (BPHKP), Jabatan Bendahari yang bertanggungjawab di talian 04-9851150.

4.       Soalan:
Saya mempunyai tunggakan hutang, bolehkah saya membuat permohonan bayaran hutang secara ansuran?

Jawapan:
Ya, pelajar boleh membuat permohonan bayaran secara ansuran berdasarkan jadual tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan oleh pihak KUIPs. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang melalui link berikut:

Permohonan Rayuan Bayaran Yuran Tertunggak Secara Ansuran

Borang yang telah diisi perlu dihantar melalui e-mel jabatanbendahari@kuips.edu.my

 

5.       Soalan:
Bagaimanakah cara untuk saya memohon pemulangan lebihan bayaran yuran pengajian dan yuran-yuran lain?

Jawapan:
Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan pemulangan lebihan bayaran, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang melalui link berikut:

Borang Permohonan Pemulangan Yuran

Borang yang telah diisi perlu dihantar melalui e-mel jabatanbendahari@kuips.edu.my

1.      Soalan:
Adakah Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)?

Jawapan:
Tidak, KUIPs adalah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) milik penuh Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs).

2.     Soalan:
Adakah program-progam di KUIPs mendapat pengiktirafan akreaditasi Malaysian Qualifications Agency (MQA)?

Jawapan:
Ya, semua program yang ditawarkan oleh KUIPs mendapat pengiktirafan MQA.

3.     Soalan:
Apakah program yang ditawarkan di KUIPs?

Jawapan:
KUIPs mempunyai 26 program terdiri daripada Program Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Untuk keterangan lanjut berkaitan progam boleh layari laman web rasmi KUIPs ( PROGRAM DI KUIPs ).

4.     Soalan:
Adakah KUIPs menawarkan biasiswa kepada pelajar?

Jawapan:
Ya, semua peringkat pengajian mempunyai biasiswa mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh KUIPs.

5.     Soalan:
Bagaimanakah cara memohon kemasukan ke KUIPs?

Jawapan:
Sila layari www.kuips.edu.my dan klik Apply Now atau terus tekan link APPLY NOW .

6.     Soalan:
Adakah KUIPs menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian di dalam kampus?

Jawapan:
Ya, kemudahan asrama disediakan kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian di dalam kampus.

7.     Soalan:
Bagaimanakah cara untuk memohon biasiswa di KUIPs?

Jawapan:
Pemohon perlu memohon secara atas talian selepas mendapat surat tawaran rasmi dari KUIPs.

8.     Soalan:
Berapakah minimun kredit yang diperlukan untuk menyambung pengajian di KUIPs ?

Jawapan:
Bagi Program Asasi, 5 kredit diperlukan untuk menyambung pengajian. Manakala 3 kredit untuk Program Diploma.

9.     Soalan:
Apakah syarat-syarat kemasukan untuk sesebuah progam?

Jawapan:
Syarat-syarat kemasukan untuk sebuah program adalah berbeza. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan syarat kemasukan boleh rujuk :

SYARAT KEMASUKAN.

10.     Soalan:
Saya sudah mengisi permohonan secara atas talian, jadi dimanakah saya boleh menyemak semula status permohonan saya?

Jawapan:
Sila rujuk SEMAKAN STATUS  untuk menyemak status permohonan anda.

Do you still have questions left?

Kolej Universiti Islam Perlis
Lot 2-11 dan Lot 18-27,
Rumah Kedai Dua Tingkat,
Taman Seberang Jaya Fasa 3,
02000 Kuala Perlis, Perlis.

Hubungi Kami

Email: info@kuips.edu.my
Telefon: +604-9851150
Isnin-Jumaat: 8:00 - 5:30
Ditutup : Sabtu-Ahad