
KUALA LUMPUR, 16 September 2023 – Seramai 23 kakitangan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) termasuk dua bekas kakitangan KUIPs telah dianugerahkan Diploma Penterjemahan Profesional PPM-DBP-KUIPs bagi Sesi Khas Modul Komunikasi 5/2022 baru-baru ini.
Majlis yang berlangsung di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur itu disempurnakan oleh Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Profesor Emeritus Abdullah Hassan yang telah menyampaikan Diploma Profesional kepada semua peserta Kursus Diploma Penterjemahan Profesional PPM-DBP-KUIPs KM 5/2022 anjuran Unit Terjemahan Suntingan dan Transkripsi (UTST) di bawah kendalian Pusat Bahasa & Pengajian Umum (PBPU) yang diadakan pada 31 Oktober 2022 sehingga 14 November 2022.
Kesemua peserta dan penerima Diploma Profesional ini terdiri daripada enam pusat tanggungjawab yang berbeza iaitu Pusat Bahasa dan Pengajian Umum (PBPU), Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Al-Quran & Sunnah, Fakulti Perniagaan & Sains Pengurusan, Pusat Pengurusan Ehwal Pelajar serta Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran. Dengan adanya Diploma Penterjemahan Profesional ini, semua penerima layak menawarkan perkhidmatan terjemahan, suntingan dan transkripsi kepada mana-mana Institusi Pengajian Tinggi dan institusi lain yang berkaitan seperti Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Majlis Agama, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), agensi kerajaan dan swasta serta orang perseorangan.
Bukan itu sahaja, pengiktirafan seperti ini juga sebenarnya dapat menjamin kredibiliti dan profesionalisme individu yang dilantik sebagai penterjemah, penyunting dan pentranskrip kepada mana-mana pihak di samping dapat menaikkan nama KUIPs.
Justeru, pihak KUIPs akan terus komited dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kakitangan agar dapat menghasilkan karya terjemahan yang bermutu tinggi serta menjadi institusi yang mampu mengintegrasikan pelbagai ilmu melalui penterjemahan, penyuntingan dan transkripsi ke dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab.
Senarai penerima Diploma:
Pusat Bahasa & Pengajian Umum
1. Anis Jazilah Binti Azmin @ Che Wan
2. Alia Farhana Binti Anuar
3. Muhammad Anas Zakwan Bin Sabri
4. Muhamad Shazwan Bin Kassim
5. Nurul Husna Binti Noorzamri
6. Nor Aisyah Binti Ahmad
7. Ainur Syakirah Binti Muhd Hissam
8. Muhammad Akmal Bin Zolmaily
Pusat Pengurusan Ehwal Pelajar
1. Abdul Hadi Bin Abu Bakar
2. Nur Sakiinah Binti Mansor
Fakulti Pengajian Islam
1. Muhammad Firdhaus Bin Zulkifli
2. Muhammad Muthi’ul Haqq Bin Fatah Yasin
3. Muhammad Ihsan Bin Idris
4. Dr. Mohammad Dhiya’ul Hafidh Bin Fatah Yasin
5. Nurul Husna Binti Mat Isa
6. Nor Athirah Binti Mohamed Indera Alim Sah
7. Noor Hazirah Binti Abd Aziz
8. Mohammad Roshimi Bin Abdullah
Fakulti Al Quran dan Sunnah
1. Wafa Abdul Jabbar Bin Shohibuddin
2. Muaz Bin Mohd Ghani Basri
3. Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin
Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan
1. Syarifah Fairuz Binti Syed Radzuan
Pusat Pengajaran dan Teknologi Pembelajaran
1. Nur Shafika Binti Mohd Badri
Views: 5
