FAKULTI PENGAJIAN ISLAM RAI 43 PELAJAR CEMERLANG DALAM MAJLIS ANUGERAH DEKAN

KANGAR, 20 Oktober 2023 – Seramai 43 orang pelajar dari Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) diraikan dalam Majlis Anugerah Dekan yang diadakan pada hari ini. 

Majlis yang berlangsung di Hotel Regency ini melibatkan 19 orang pelajar dari program Diploma dan 24 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam.

Program anjuran Fakulti Pengajian Islam ini diadakan bagi meraikan para pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum pada Sesi Februari 2022/2023. 

Bukan itu sahaja, penganjuran program seperti ini juga secara tidak langsung dapat menjadi platform perkongsian motivasi kepada pelajar cemerlang, selain dapat melibatkan pelajar dalam aktiviti pengurusan acara ataupun majlis rasmi, serta sesi ramah mesra di antara pengurusan Fakulti Pengajian Islam bersama pelajar dan ibu bapa.

Majlis pada kali ini turut menampilkan buat pertama kalinya Anugerah Pelajar Terbaik Peringkat Fakulti Pengajian Islam yang diwujudkan untuk mengiktiraf pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan luar biasa dalam aspek akademik dan ko-kurikulum di peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. 

Anugerah Pelajar Terbaik pada kali ini telah diterima oleh Marwa Harphie Faizah; Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian dan Mohd Nasrullah Mohd Noh dari program Diploma Syariah.

Adalah menjadi harapan seluruh warga Fakulti Pengajian Islam amnya dan KUIPs khasnya, agar majlis sebegini dapat menyuntik semangat dan memberikan inspirasi kepada semua pelajar untuk terus melonjakkan prestasi akademik ke tahap yang lebih cemerlang pada masa-masa akan datang.  Selain itu, penglibatan yang aktif dalam bidang ko-kokurikulum pelajar juga perlu dipergiatkan dalam mencapai keseimbangan dalam mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing. Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menawarkan sebanyak 7 program akademik peringkat pra siswazah dan pascasiswazah iaitu peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pascasiswazah yang telah mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).  Sehingga kini, Fakulti Pengajian Islam mempunyai 668 pelajar yang sedang mengikuti program pengajian yang terdiri daripada pelajar tempatan dan luar negara.

Bagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di Fakulti Pengajian Islam KUIPs, permohonan bolehlah dibuat secara atas talian melalui https://syskuipsv7.my atau layari media sosial Fakulti Pengajian Islam melalui pautan link berikut untuk maklumat lanjut.

Facebook:

https://www.facebook.com/FPiKUIPs?mibextid=2JQ9oc

Linktree:

https://linktr.ee/fpikuips?utm_source=linktree_profile_share&ltsid=0ca777e1-5f78-41bf-86f0-5a389bae8b49