
Oleh: Hasyimi Yaakob
27 JUN 2024 – Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan (FPSP) dengan kerjasama Pusat Pengajian Asasi dan Bahagian Pemasaran Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menganjurkan program Jelajah FPSP x ASASI : The Amazing Studentpreneur Siri 1 yang melibatkan jemputan 140 pelajar dari dua sekolah menengah.
Dekan FPSP Dr Farah Mastura Noor Azman berkata, undangan yang diterima ini bukan sahaja memberi peluang kepada KUIPs untuk bertemu dengan pelajar disini malah yang penting dapat berinteraksi dengan 140 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Suleiman dan SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah.
“Pada tahun lepas pelajar SMK Tengku Suleiman menghadiri program Mini Carnival Eduprenuer di KUIPs dan rentetan dari penyertaan mereka itu mereka menjemput kami pada hari ini ke sekolah mereka pula,” katanya ketika ditemui di majlis penutup program ini pagi tadi.
Dr Farah menambah jemputan kali ini dilihat atas kesedaran pentingnya program keusahawanan terutama di Malaysia dan KUIPs pula dijemput untuk berkongsi maklumat mengenai keusahawanan dengan barisan pensyarah dan juga alumni dari sekolah ini yang sedang melanjutkan pengajian di kampus KUIPs dalam penampilan IKON BASIS mahasiswa Khairul Danial dan IKON ASASI mahasiswa Ali Zikri.
Selain itu, program seperti ini bukan sahaja dilihat sebagai perkongsian ilmu malah dapat membuka minda dan seterusnya membuka peluang untuk pelajar yang hadir ini untuk melanjutkan pengajian di FPSP dan Asasi.
Untuk makluman semua, dibawah Jabatan Perniagaan FPSP terdapat 4 program yang ditawarkan di peringkat ijazah sarjana muda disini iaitu Pentadbiran Perniagaan, Pentadbiran Perniagaan (keusahawanan), Perniagaan Antarabangsa dan juga Logistik dan Pengurusan Rantaian Bekalan.
Manakala bagi pelajar yang berminat dalam Teknologi dan Artifial Intiligelence (AI) pula boleh memilih 2 program di FPSP iaitu Information Technology in Internet of Things dan Komputer Sains (Data Sains) dibawah seliaan Jabatan Teknologi Maklumat. Kemudian dibawah Jabatan Perakaunan pula terdapat 2 penawaran program iaitu Diploma Perakaunan dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.
Begitu juga di Pusat Pengajian Asasi yang menawarkan 2 Program iaitu Asasi Muamalah dan Asasi Pengajian Islam bagi mereka yang merupakan pelajar lepasan SPM.
Sementara itu, Pengarah program Muhammad Nurfiqri Mohd Hajar yang ditemui berkata, FPSP menampilkan program ini seperti ini seiring dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menyarankan nilai keusahawanan dalam kalangan mahasiswa serta penambahan dalam ilmu keagamaan melalui kesinambungan ilmu pengajian islam yang ditawarkan di peringkat Asasi.
“Dengan penganjuran program seperti ini sesungguhnya bukan sahaja membantu keterlihatan FPSP dan ASASI kepada masyarakat sekitar tetapi yang penting dapat menyedarkan masyarakat tentang kewujudan institusi yang berteraskan kebitaraan FPSP dalam ilmu perniagaan dibawah sebuah institusi swasta sebagai kerjaya dalam bidang pengajian mereka,” sambungnya lagi.
Oleh itu, penganjuran program ini sekurang-kurangnya memberi pendedahan kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM) sekitar negeri Perlis dalam keperluan bagi meningkatkan bilangan pelajar ke FPSP dan ASASI bagi ambilan yang akan datang.
Adalah diharapkan objektif pelaksanaan program ini dapat membentuk jaringan kerjasama serta ukhwah yang lebih erat antara pihak KUIPs dan institusi pendidikan di peringkat negeri maupun Kebangsaan.
Antara pengisian sepanjang program ini diadakan ialah forum bicara keusahawanan yang menampilkan jemputan panel daripada industri pembuatan makanan, pertandingan pop kuiz dan sesi ramah-mesra antara mahasiswa FPSP dan Asasi bersama pelajar-pelajar