WordPress database error: [Duplicate entry '8388607' for key 'wp_visitors_stat.id']
INSERT INTO `wp_visitors_stat` (`time`, `ip`) VALUES ('1777554753', '85.208.96.194')

TUJUH PENYELIDIK KUIPs TERIMA GERAN BERJUMLAH RM49,000 DARI FCoEE -

TUJUH PENYELIDIK KUIPs TERIMA GERAN BERJUMLAH RM49,000 DARI FCoEE

PAUH, 6 JULAI 2024 – Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE), sebuah entiti di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) meluluskan peruntukkan geran kepada tujuh penyelidik dari Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) berjumlah RM49,000 bagi melaksanakan penyelidikan berkaitan asnaf di Perlis.

Mereka yang menerima geran ini ialah Ts. Dr Abdul Ghafur Hanafi, Nur Afifah Fadzil, Muhammad Nurfiqri Mohd Hajar, Suharne Ismail,Nurul Khofifah Abdullah, Nurul Fathinah Ismail dan Dr Siti Khalilah Basarud-Din.

Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle yang hadir di majlis itu berbangga kerana daripada tujuh permohonan yang dihantar kesemua permohonan diterima oleh FCoEE.

“Tahniah saya ucapkan kepada Ketua Penyelidik dan ahli penyelidik yang terima geran ini dan berharap lebih ramai lagi kalangan pensyarah KUIPs akan mengikut jejak mereka nanti,” ujar beliau ketika ditemui.

Sementara itu Pengerusi FCoEE, Prof. Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin yang berucap di majlis itu berkata, kajian ini memfokuskan kepada penerokaan situasi pelajar dan keluarga asnaf di Perlis serta isu-isu pendidikan yang dihadapi oleh mereka mengikut demografi di negeri ini dengan tumpuan kepada 10 topik kajian ditetapkan.

Usaha ini adalah sebahagian daripada komitmen FCoEE dalam mempertingkat kualiti pendidikan dan membantu golongan yang memerlukan dimana kajian dihasilkan kelak mampu memberikan impak positif kepada komuniti.

“Pada tahun 2023, bagi fasa pertama sebanyak 17 kajian berkaitan asnaf telah berjaya dilaksanakan serta dibentang dan dikongsi dengan pelbagai pihak khususnya Jabatan Pendidikan Negeri serta agensi berkaitan.

“Manakala bagi tahun ini, sebanyak 36 kajian bakal dilaksanakan melibatkan penyelidik dari 8 institusi pendidikan tinggi termasuklah Universiti Malaysia Perlis, Kolej Universiti Islam Perlis dan Universiti Teknologi MARA.

Beliau memaklumkannya pada Majlis Penyerahan Geran Penyelidikan FCoEE di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra.

Seramai 36 penyelidik menerima geran penyelidikan masing-masing dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM252,000 menerusi Agihan Holistik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs).

Fokus kajian diharapkan dapat menyingkap akar umbi pemasalahan, kaedah mendepani cabaran serta membantu dalam pencaturan langkah penambahbaikan masa depan lebih 11,000 pelajar dari keluarga asnaf di Perlis.