FPI ANJUR BENGKEL SEMAKAN PROGRAM BAGI KEPERLUAN PEMATUHAN AKREDITASI PROGRAM PADA 25 DAN 26 JULAI 2024

SUNGAI PETANI, 25 & 26 JULAI 2024 – Seramai 31 staf Pengurusan Fakulti Pengajian Islam (FPI), Ketua Jabatan, staf akademik, dan staf pentadbiran telah menyertai Bengkel Semakan Program Akademik bagi Keperluan Pematuhan Akreditasi Program yang diadakan di Hotel The Jerai, Sungai Petani.

Bengkel ini bertujuan bagi memastikan kandungan program-program akademik yang ditawarkan di FPI khususnya yang telah mencapai tempoh lima (5) tahun, adalah masih relevan dan memenuhi keperluan industri semasa.

Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk menambah baik kandungan program berkenaan antaranya program Diploma Pengajian Islam (MQA/FA4858), Diploma Syariah (MQA/FA4859), dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Kepujian (MQA/FA7412).

Diharapkan penganjuran bengkel seperti ini dapat meningkatkan pengetahuan dalam kalangan pensyarah bersesuaian dengan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dan selari dengan keperluan industri serta saranan pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) dalam meningkatkan kualiti akademik program.