Oleh: Samsudin Oli Mohamed
KUALA PERLIS, 9 SEPTEMBER 2024 – Pelajar baharu yang mendaftar di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, bantuan biasiswa ini diberikan kepada pelajar sepenuh masa yang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang telah didaftarkan di bawah Malaysian Qualification Agency (MQA) dan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT).
‘Biasiswa Pengajian Tinggi MAIPs (BPTM) ini membiayai penuh yuran sepanjang pengajian termasuk kemudahan asrama, wang saku RM300 setiap bulan dan dikecualikan juga yuran semasa pendaftaran,” kata beliau ketika berucap sempena pendaftaran pelajar baharu KUIPs di kampus Kuala Perlis pagi ini.
Sementara itu hampir 263 pelajar baharu dari seluruh negara hadir dan mendaftar sejak jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang di Auditorium kampus ini.
Antara pengisian Minggu Orientasi Sunnah (MOS) Ambilan September 2024/2025 ialah taklimat waris oleh Rektor KUIPs, tazkirah, ice-breaking, taklimat bahagian-bahagian, ramah mesra bersama MAIPs, program semarak jiwa merdeka, fun walk, forum wanita, Daurah Hadith 40 Imam Nawawi, aktiviti latihan dalam kumpulan, slot ‘Kenali Budaya Malaysia’ dan di akhiri dengan Ikrar Pelajar Baharu.