Ralat pangkalan data WordPress: [Duplicate entry '8388607' for key 'wp_visitors_stat.id']
INSERT INTO `wp_visitors_stat` (`time`, `ip`) VALUES ('1777292331', '216.244.66.194')

ALP DAN LPU KUIPs DITITAH LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SEBAIKNYA. -

ALP DAN LPU KUIPs DITITAH LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB SEBAIKNYA.

KUALA PERLIS – Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) diingatkan agar melaksanakan amanah masing-masing dengan penuh telus, cekap dan berintegriti.

Titah baginda, dengan ilmu pengetahuan, kepakaran dan pengalaman yang dimiliki pastinya kesemua yang dilantik akan membantu usaha-usaha meninggikan syiar agama islam melalui sebuah universiti yang berteraskan Islam sebagai agenda utama.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor KUIPs bertitah pelantikan ini merupakan satu keperluan dalam sesebuah institusi pengajian tinggi.

“Saya percaya dengan pelantikan ini, KUIPs dapat mencapai visi dan misi iaitu menjadi institusi akademik berteraskan Islam terkemuka di peringkat antarabangsa yang menawarkan gabungan program pengajian Islam tradisional dan kontemporari di samping melahirkan insan berilmu dan beramal yang kompeten dalam memangkin pembangunan dan pemodenan negara,” titah baginda pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Watikah Pelantikan ALP dan LPU KUIPs di Auditorium KUIPs, Kampus Kuala Perlis pada 26 Mac 2024.

Pengurniaan Watikah Pelantikan ALP sesi 2024/2025 ini didahului oleh Sahibus Samahah Prof Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Pengerusi Lembaga Pengarah).

Manakala ALP yang lain ialah Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor, Dr Amina Josetta Dato’ Paduka Ahmad Kayani, Prof Madya Dr Mohd Azrul Azlen Abd Hamid, Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Ezree Abdullah dan Dr Nidzamuddin Zakaria.

Di majlis yang sama Watikah Pelantikan LPU sesi 2024/2025 disampaikan oleh Pengerusi LPU, Sahibus Samahah Prof Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disaksikan oleh Tuanku Raja Muda.

Senarai LPU yang dilantik bagi sesi 2024/2025 ialah Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran sebagai Timbalan Lembaga Pengarah Universiti.

Manakala Ahli Lembaga Pengarah Universiti yang lain ialah Prof Madya Dr Mohd Azrul Azlen Abd Hamid, Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Ezree Abdullah, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle (Rektor), Prof Dr Basri Ibrahim, Prof Madya Dr Mohd Akram Dato’ Dahaman@Dahalan, Dato’ Hj Shushilil Azam Shuib, Prof Dr Azman Mohd Noor dan Tuan Rose Aza Che Arifin.