Oleh: Rohana Zainol
Gambar Oleh: Ahmad Syihan Ismail dan Muhamad Zamri Abd Ghani
08 MEI 2024 (RABU): Pihak Pengurusan Fakulti Pengajian Islam (FPI) yang diketuai oleh Dekannya Prof. Dr. Basri Ibrahim bersama barisan kepimpinan FPI telah mengadakan lawatan penanda aras dan kunjungan hormat ke Kuala Lumpur bermula pada 08 Mei hingga 10 Mei 2024.
Rangka lawatan ini melibatkan AbdulHamid A. AbuSulayman Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences (AHAS KIRKHS) dan Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Takaful Malaysia, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Al-Madinah International University (MEDIU).
Tujuan lawatan ini melibatkan pelaksanaan Sesi Menandatangani Surat Niat (Letter on Intent – LoI) dengan pihak UKM, perbincangan cadangan kerjasama akademik bersama IPTA/S terlibat, program Tanggungjawab Sosial (CSR) bersama Takaful Malaysia, kerjasama program Finishing School kepada pelajar tahun akhir, internship pelajar dan beberapa kerjasama serta kolaborasi berimpak yang suaimanfaat yang boleh dilaksanakan dengan institusi-institusi terlibat.
Lawatan ini turut melibatkan cadangan mengadakan Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang masih dalam peringkat perincian untuk draf kerjasama melibatkan kedua-dua institusi.
Moga dengan kerjasama daripada IPT dan industri yang terlibat ini dapat memperkukuhkan lagi jaringan hubungan dengan FPI di samping memberikan nilai tambah terhadap program-program akademik di fakulti ini melalui perkongsian kepakaran antara fakulti dengan industri yang terlibat.
FPI menawarkan program pengajian peringkat Pra Siswazah dan Pascasiswazah dengan bilangan pelajar aktif seramai 609 orang dalam bidang Pengajian Islam, Bahasa Arab dan Syariah.
Manakala program Pascasiswazah ditawarkan adalah Sarjana Pengajian Islam (MQA/PA15733) dan Doktor Falsafah (MQA/PA 15114) bagi dua sesi ambilan Februari dan September setiap tahun.
Penawaran biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan juga ditawarkan.
Bagi pelajar yang berminat boleh melayari www.kuips.edu.my/4syskuips, laman Facebook FPI: https://www.facebook.com/FPiKUIPs?mibextid=LQQJ4d.