Ralat pangkalan data WordPress: [Duplicate entry '8388607' for key 'wp_visitors_stat.id']
INSERT INTO `wp_visitors_stat` (`time`, `ip`) VALUES ('1777571129', '85.208.96.210')

ENAM PELAJAR KUIPs SERTAI PROGRAM KESEJAHTERAAN WANITA MADANI -

ENAM PELAJAR KUIPs SERTAI PROGRAM KESEJAHTERAAN WANITA MADANI

Oleh: Samsudin Oli Mohamed

Kuala Perlis – 10 Ogos 2024. Jabatan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (JPPJK) telah menghantar Enam pelajar dari Pusat Pengajian Asasi Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bagi menyertai Program Kesejahteraan Wanita Madani bertemakan ” Wanita Bahagia Emosi Stabil” di Kompleks Star UiTM cawangan Perlis pada 10 Ogos.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para Wanita mengenai keganasan rumah tangga dan jenayah siber yang sering berlaku pada masa kini.
Bengkel sehari anjuran Pertubuhan Khidmat Wanita Perlis(Perwanis) dan Jabatan Perpaduan Wanita Perlis (JPW) yang disertai seramai 200 pelajar dari KUIPs, UiTM dan Politeknik ini menampilkan penceramah dan panel dari Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), Perwanis, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Senator Dewan Negara, Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil, IPD Arau dan Pegawai Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Perlis.

Antara sesi ceramah yang diketengahkan pula ialah mengenai keganasan rumah tangga dan jenayah siber.

Semoga penyertaan para pelajar ini dapat mengeratkan lagi hubungan komuniti dan masyarakat setempat.