
Oleh: Ahmad Ash-Shathibi bin Aswady
NIBONG TEBAL, Pulau Pinang – 22 Ogos 2024 – Kunjungan hormat delegasi dari Bahagian Penginapan dan Kediaman (BPK), Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPA) Kolej Universiti Islam Perlis ke Pusat Perumahan & Penginapan (HAC) Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) telah beri nafas baharu kepada kedua-dua Institusi.
Delegasi dari KUIPs disambut oleh HAC USM yang diketuai Puan Farah Hamid, Ketua Unit bersama 4 orang staf. Kampus Kejuteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang dihuni 2500 orang pelajar itu diuruskan oleh 18 orang kakitangan. Dalam pertemuan yang berlangsung sekitar hampir 3 jam itu, kedua belah pihak saling bertukar pandangan serta perkongsian tentang sistem-sistem pendaftaran, garis panduan, peraturan-peraturan serta gerak kerja dan pengurusan pentadbiran yang dipraktikkan di Institusi masing-masing.
BPK KUIPs diketuai oleh Pengarahnya Mohd Hanif Bin Mohammadan dan Ketua Bahagian Rifhan Syafinaz Binti Shabri beserta 6 orang staf.




