Ralat pangkalan data WordPress: [Duplicate entry '8388607' for key 'wp_visitors_stat.id']
INSERT INTO `wp_visitors_stat` (`time`, `ip`) VALUES ('1778341243', '52.167.144.177')

Syarat-Syarat Permohonan PTPTN -

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PTPTN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Mendapat tawaran ke IPTA/IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
  6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  8. Telah membuka akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus**.

*Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.

**Hanya akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

Kolej Universiti Islam Perlis
Taman Seberang Jaya Fasa 3,
02000 Kuala Perlis, Perlis.

Hubungi Kami

Email: info@kuips.edu.my
Telefon: +604-9851150
Isnin-Jumaat: 8:00 - 5:30
Ditutup : Sabtu-Ahad

Pautan Pantas

Views: 733