WordPress database error: [Duplicate entry '8388607' for key 'wp_visitors_stat.id']
INSERT INTO `wp_visitors_stat` (`time`, `ip`) VALUES ('1776354527', '85.208.96.199')

MAJLIS PELANCARAN ULANG TAHUN KE-10 KUIPs -

MAJLIS PELANCARAN ULANG TAHUN KE-10 KUIPs

KANGAR, 14 Ogos 2023 – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) buat julung kalinya telah menganjurkan sebuah majlis gilang-gemilang bersempena Majlis Pelancaran Ulang Tahun ke-10 Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) semenjak penubuhannya pada 17 Jun 2013.

          Majlis yang berlangsung di Dewan Mes Pegawai Kanan PDRM Kangar, Perlis ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang juga Tuanku Canselor KUIPs yang berkenan menyempurnakan gimik simbolik pelancaran Logo, Kapsul Masa berserta Coffee Table Book sempena Pelancaran 10 Tahun KUIPs.           Dalam majlis yang sama, DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Mencipta Logo Sempena Ulang Tahun ke-10 KUIPs yang dimenangi oleh Puan Nurshafika Mohd Badri yang membawa pulang RM250.00 yang disaksikan oleh tetamu-tetamu terdiri daripada barisan Pengurusan Tertinggi KUIPs dan semua kakitangan KUIPs serta dif-dif kehormat yang hadir.

Selain itu, majlis pelancaran ini juga turut menampilkan buat kali pertama Lagu Tema 10 Tahun KUIPs berserta tayangan montaj yang dicipta khas bersempena Pelancaran Ulang Tahun Ke-10 KUIPs ini.

Turut hadir pada majlis ini adalah Yang Amat Berhormat Tuan Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis; Yang Berhormat Tuan Muhammad Azmir Azizan, EXCO Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis; Sahibus Samahah, Dato’ Ariff Perkasa Prof. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis; YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Azrul Azlen Abd Hamid, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) KUIPs dan YBrs. Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle, Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Views: 0