WordPress database error: [Duplicate entry '8388607' for key 'wp_visitors_stat.id']
INSERT INTO `wp_visitors_stat` (`time`, `ip`) VALUES ('1776370644', '85.208.96.211')

MAJLIS APRESIASI STAF 2021 & 2022 KUIPs -

MAJLIS APRESIASI STAF 2021 & 2022 KUIPs

KANGAR, 24 Ogos 2023 – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menyempurnakan Majlis Apresiasi Staf 2021 & 2022 Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

          Majlis yang berlangsung di Hotel Putra Regency, Kangar, Perlis ini telah menyaksikan seramai 47 penerima anugerah bagi enam (6) kategori yang disampaikan iaitu Anugerah Khidmat Setia 10 Tahun, Anugerah Staf Sokongan Cemerlang 2021 & 2022, Anugerah Pentadbir Cemerlang 2021 & 2022, Anugerah Pendidik Cemerlang 2021 & 2022, Anugerah Jabatan/Fakulti Cemerlang 2021 & 2022 serta Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 & 2022 yang membawa pulang wang tunai berserta sijil penghargaan.          

Anugerah yang yang baharu sahaja diperkenalkan pada tahun ini iaitu Anugerah Khidmat Setia 10 Tahun bersempena sedekad KUIPs menyaksikan seramai lima kakitangan terpilih membawa pulang sijil penghargaan di atas kesetiaan dan sumbangan yang diberikan sepanjang berkhidmat di KUIPs dianugerahkan kepada Encik Norhafiz Zullkeffli, Encik Zahrol Izwan Ahmad, Encik Safrul Hisham Hashim, Puan Rifhan Syafinaz Shabri dan Puan Norasliza Rojamil.

Dalam pada itu, majlis yang diadakan bagi mengiktiraf dan menghargai jasa kakitangan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2021 dan 2022 ini menyaksikan para penerima memperoleh hadiah berupa wang tunai dan sijil penghargaan mengikut kategori yang terpilih iaitu RM1,000.00 berserta sijil penghargaan bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, manakala RM500.00 berserta sijil penghargaan diberikan kepada Anugerah Pendidik Cemerlang, Anugerah Pentadbir Cemerlang serta Anugerah Staf Sokongan Cemerlang dan RM2,000.00 berserta sijil penghargaan pula diberikan kepada Jabatan/Fakulti Cemerlang.

Hadir sama pada majlis ini adalah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Sahibus Samahah Dato’ Ariff Perkasa Prof. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis; YBhg. Prof. Datuk Emeritus Dr. Kamarudin Husin, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU); YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan YBrs. Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle, Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah.

Views: 0