KANGAR – Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menumpukan kepakaran, keperibadian, keterbukaan dan kemandirian atau 4K dalam pencapaian signifikan KUIPs 2023 melalui lapan teras.
Rektornya Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, pencapaian teras ini berlandaskan akademik, penyelidikan, siswazah, kewangan, urus tadbir, keterlihatan dan integriti.
Katanya kesemua pencapaian ini masing-masing mempunyai strategi, inisiatif dan petunjuk prestasi utama (KPI) mereka.
‘Siswazah dan integriti kita telah mencapai 100 peratus grafnya berbanding dengan pencapaian akademik 96.15, penyelidikan 76.19, prasarana 75, kewangan 83.33, urus tadbir 75 dan keterlihatan 87.5 peratus seiring dengan visinya sebagai Institusi Pendidikan yang berdaya saing diperingkat global,’ katanya kepada staf KUIPs yang hadir sempena Majlis Azam KUIPs di Dewan Mes Pegawai, Kanan PDRM Kangar.
Dalam sesi ini beliau turut berkongsi kecemerlangan akademik dalam teras satu pelan strategik 2024/2025 dibawah Timbalan Rektor Akademik KUIPs, Prof Madya Dr Abdul Basir Awang @ Mohd Ramli meliputi pembangunan dan pelaksanaan program pengajian yang berdaya saing dan memenuhi keperluan industri dan pembangunan serta pelaksanaan Program Ijazah Bersama (Joint Degree), Ijazah Dual (Dual Degree), Ijazah Berganda (Double Degree), program francais, twinning program dan program pesisir.
Kecemerlangan ini juga termasuk pembangunan dan pelaksanaan program MOOC, Microcredential serta memantapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran selain daripada membantu meningkatkan jumlah kemasukan pelajar yang berkualiti.
Dalam pembentangan teras kedua pula beliau menekankan penyelidikan berimpak tinggi dan berkualiti dikalangan staf akademik untuk memimpin penyelidikan bagi penjanaan pendapatan melalui perkhidmatan perundingan yang diberikan kepada pihak luar selain daripada menyemarakkan budaya perkongsian ilmu dan penghasilan penerbitan ilmiah yang berkualiti serta berimpak tinggi.
‘Pastinya pembudayaan inovasi penyelidikan dan pengkomersilan ini membantu pembangunan dasar dan garis panduan berkaitan urus tadbir hal ehwal penyelidikan, pengkomersilan, harta intelek dan perundingan untuk tujuan rujukan seluruh warga KUIPs,’ sambung beliau lagi.
Melalui Teras ketiga pula pastinya peningkatan penghayatan Al-Quran dan Sunnah serta aktiviti dakwah secara atas talian atau fizikal, pembudayaan dan elemen keusahawanan, peningkatan penganjuran serta penyertaan pelajar dalam program khidmat masyarakat dan kesukarelawanan perlu ditingkatkan untuk kebolehpasaran graduan selain daripada peningkatan kemahiran insaniah dikalangan pelajar disini.
Prasana kondusif untuk pembelajaran, pengajaran sosial, ekonomi dan persekitaran juga menjadi agenda utama dalam teras keempat yang berkehendakkan sistem penyelengaraan, pembaikan dan perkhidmatan fasiliti yang efesien ditingkatkan melalui liputan dan prestasi sistem rangakaian ICT selain daripada pemerkasaan infrastruktur dan kemudahan ICT.
Kelestarian kewangan yang berada pada tahap 83.33 peratus juga turut dibentangkan dalam majlis ini yang mengupas mengenai penjanaan pendapatan keseluruhan melalui kepelbagaian sumber kewangan untuk kemampanan dan pelaksanaan pelan penjimatan KUIPs.
Prof Dr Muhamad Rozaimi yang bercakap bersama lebih 250 stafnya turut menyentuh mengenai teras urus tadbir agar lebih unggul melalui pemerkasaan governan, pengisian dan lantikan mengikut peraturan serta dasar yang ditetapkan pihak berkuasa melalui pengoptimum bakat dan meningkatkan keterlihatan sumber manusia.
‘Bagi membantu pihak KUIPs penjanaan staf yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai kompetensi yang tinggi perlu diambil dan penyediaan pelan penggantian bagi staf akademik dan pentadbiran juga perlu dihalusi agar seiring dengan visi, misi dan motto kampus ini,’ sambung beliau lagi.
Dalam usaha yang diketengahkan ini keterlihatan juga perlu dititik beratkan melalui pasukan penjenamaan yang konsisten dan efektif agar peningkatan keterlihatan dapat dilihat baik diperingkat kebangsaan atau pun antarabangsa yang menjadi rujukan untuk mendapatkan pekerjaan disini atau menjadi tarikan pelajar untuk menyambung pengajian mereka di KUIPs.
Moga penerapan nilai-nilai murni melalui kesedaran, pematuhan dan tatalaku secara berterusan juga dapat mengukuhkan etika profesionalisme dikampus ini seiring dengan Motto Syumul Taqwa dan Dinamik.
Sempena majlis ini Rektor KUIPs turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).