WordPress database error: [Duplicate entry '8388607' for key 'wp_visitors_stat.id']
INSERT INTO `wp_visitors_stat` (`time`, `ip`) VALUES ('1777524999', '185.191.171.2')

KUIPs ANJUR BENGKEL TERBIT ARTIKEL DENGAN DATA -

KUIPs ANJUR BENGKEL TERBIT ARTIKEL DENGAN DATA

Oleh: Samsudin Oli Mohamed

KANGAR – 22 0GOS 2024 – Perpustakaan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bekerjasama dengan Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Fakulti Pengajian Islam (FPI) dan Fakulti Al-Quran dan Sunnah (FQS) untuk menganjurkan Bengkel Terbit Artikel dengan Data pada 21 dan 22 Ogos 2024 di Dewan Talaqqi Masjid Al-Ghufran, Kangar.

Panel yang dijemput ialah pensyarah kanan yang aktif dalam penulisan artikel ilmiah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Nurul Fadly Habidin.

Objektif utama bengkel ini dianjurkan adalah bagi memberi pendedahan kepada pensyarah dan pelajar pascasiswazah kampus ini mengenai teknik penulisan dan penerbitan artikel yang berkualiti, professional dan berimpak tinggi.

Moga penganjuran seperti ini dapat membantu pensyarah KUIPs mencapai Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicator (KPI) dalam penghasilan artikel berimpak di kalangan serta pelajar pascasiswazah KUIPs yang dinilai seiring dengan salah satu syarat bagi graduasi mereka nanti.

Bengkel ini telah disertai oleh 50 peserta dari kalangan pensyarah-pensyarah dan pelajar pascasiswazah KUIPs.

Moga dengan penganjuran ini diharap dapat menggalakkan penulisan dan penerbitan artikel ilmiah yang berkualiti dan berimpak tinggi dalam kalangan pensyarah KUIPs dan pelajar pascasiswazah, sejajar dengan Teras 2 Pelan Strategik KUIPs iaitu Penyelidikan Berimpak dan Berkualiti, serta KUIPs ke arah Universiti penuh.