UNISIRAJ PERKUKUH JARINGAN SERANTAU MELALUI FORUM ANTARABANGSA & KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA 33 UNIVERSITI DI INDONESIA

Oleh: Jabatan Canselori

UNISIRAJ PERKUKUH JARINGAN SERANTAU MELALUI FORUM ANTARABANGSA & KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA 33 UNIVERSITI DI INDONESIA

Makassar, Indonesia-29 Julai 2025

UniSIRAJ telah melakar satu lagi pencapaian penting dalam usaha pengantarabangsaan institusi apabila menyertai Forum Antarabangsa anjuran Asosiasi Fakultas Ekonomi & Bisnis Perguruan Tinggi Muhammadiyah & ‘Aisyiyah (AFEB PTMA) di Makassar, Indonesia pada 29 Julai 2025. Delegasi UniSIRAJ yang diketuai oleh Pejabat Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Global (PTRPJG) turut melibatkan Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan (FPSP), Fakulti Pengajian Islam (FPI) dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI).

Kunjungan ini bukan sekadar penyertaan dalam forum, malah menjadi medan penting bagi memeterai kerjasama strategik ber-sama beberapa institusi di bawah Perguruan Tinggi Muhammadiyah & ‘Aisyiyah (PTMA). Antara inisiatif utama ialah:

Kunjungan hormat ke Universitas Muhammadiyah Makassar,

Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) serta Meто-randum Perjanjian (MoA) antara UniSIRAJ dan Universitas Muhammadiyah Makassar serta beberapa institusi PTMA lain,

Penyertaan aktif dalam forum antarabangsa sebagai medan perkongsian ilmu dan rangkaian akademik.

Hasil perbincangan yang telah diadakan secara dalam talian pada 19 Jun 2025 bersama pengurusan AFEB PTMA, UniSIRAJ dan rakan strategik PTMA bersetuju untuk menjalin kolaborasi akademik merangkumi bidang pengajaran, penyelidikan, pener-bitan serta pelaksanaan program berkembar (twinning pro-gram).

Kerjasama ini berpaksikan lima (5) teras utama:

  1. Menjalin jaringan pendidikan serantau melalui pembentukan konsortium,
  2. Penawaran bersama program akademik dan penyelidikan,
  3. Pelaksanaan mobiliti dua hala pelajar dan pensyarah,
  4. Peningkatan keterlihatan UniSIRAJ di peringkat ASEAN,
  5. Tarikan kemasukan pelajar antarabangsa dari Indonesia.

Inisiatif strategik ini adalah sejajar dengan Pelan Strategik

UniSIRAJ 2025 dan menyokong perancangan Pelan Strategik UniSIRAJ 2026-2030, khususnya dalam usaha menambah baik kedudukan dalam penarafan SETARA, MYRA dan QS.

Melalui pemeteraian MoU dan MoA ini, UniSIRAJ bakal memacu pencapaian dalam beberapa indikator strategik MyRA termasuk:

Kuantiti & Kualiti Penyelidikan (Seksyen C) melalui penerbitan bersama,

Khidmat Profesional & Hadiah (Seksyen F) menerusi penyertaan dalam forum dan seminar serantau,

Jaringan & Jangkauan (Seksyen G) melalui kerjasama aktif antarabangsa.

Rektor UniSIRAJ dalam kenyataannya menyifatkan inisiatif ini sebagai langkah penting dalam memperkukuh kedudukan UniSIRAJ sebagai pusat rujukan pendidikan Islam bertaraf antarabangsa, terutamanya dalam kalangan institusi ASEAN.

BACA LANJUT LIPUTAN AKHBAR INDONESIA SEMPENA LAWATAN UNISIRAJ KE PONDOK PESANTREN DARUL AMAN GOMBARA MAKASSAR, INDONESIA:

  1. https://bukamatanews.id/read/2025/07/31/unisiraj-malaysia-kunjungi-darul-aman-gombara-rajut-silaturahmi-dan-kolaborasi
  2. https://www.independenews.com/unisiraj-malaysia-kunjungi-pesantren-darul-aman-gombara-makassar-perkuat-hubungan-pendidikan-internasional/
  3. https://www.pijarnews.com/pesantren-darul-aman-gombara-dan-unisiraj-perkuat-kerja-sama-pendidikan-keilmuan-dan-keagamaan/
  4. https://koransulsel.com/2025/08/02/rektor-unisiraj-malaysia-kunjungi-pesantren-darul-aman-gombara-perkuat-jalinan-akademik/
  5. https://pilarindonesia.com/pendidikan/rektor-kampus-asal-malaysia-ini-kunjungi-ponpes-darul-aman-gombara-makassar/