
Hari ini telah berlangsung Majlis Penghargaan dan Penyampaian Surat Lantikan Staf Kolej Universiti Islam Perlis. Objektif penganjuran majlis adalah bagi menghargai staf dan juga menyampaikan surat tawaran pelantikan kepada staf yang layak.
Antara pengisian utama majlis ini penyampaian cenderahati sebagai penghargaan kepada pembayar zakat MAIPs, penyampaian sijil-sijil penghargaan untuk program/majlis yang telah diadakan sepanjang tahun 2022 & 2023 dan penyampaian sijil dan komisyen kepada staf-staf yang telah membawa pelajar masuk ke KUIPs pada tahun 2023.
Dalam pada itu, majlis diteruskan penyampaian surat lantikan kepada 15 orang staf sebagai Team Task Force Inisitif Profiling Kumpulan Bakat ( Pelan Penggantian), seramai 44 orang staf menerima surat tawaran pelantikan tetap, seramai 32 orang staf menerima surat pegesahan perkhidmatan serta 3 orang staf daripada Kumpulan Sokongan & Pelaksana bagi surat tawaran kenaikan pangkat.
Pihak KUIPs juga telah meraikan 2 orang staf yang telahpun bersara iaitu Ustaz Ismail Hasan Batu Bara dan Puan Sepiah bt Razak. Pihak KUIPs sangat menghargai jasa bakti dan sumbangan mereka sepanjang perkhidmatan di KUIPs.
