Ralat pangkalan data WordPress: [Duplicate entry '8388607' for key 'wp_visitors_stat.id']
INSERT INTO `wp_visitors_stat` (`time`, `ip`) VALUES ('1777590593', '207.46.13.156')

REKTOR KUIPs LANCARKAN RAKAN INTEGRITI DAN SEKRETARIAT RAKAN INTEGRITI MAHASISWA (SRIM) -

REKTOR KUIPs LANCARKAN RAKAN INTEGRITI DAN SEKRETARIAT RAKAN INTEGRITI MAHASISWA (SRIM)

KUALA PERLIS – Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Bin Ramle melancarkan Rakan Integriti dan penubuhan Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) untuk pelajar KUIPs.

Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Bulan Integriti Nasional 2023 yang bertemakan ‘Integriti Citra Malaysia Madani’, peringkat KUIPs seiring dengan Pelan Strategik KUIPs yang ke-lapan iaitu INTEGRITI.

Antara pengisian program adalah ucaptama yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Nor Yahati Awang, perkongsian Ilmu: Integriti Dalam Hadis Nabi dan bacaan Ikrar Integriti Malaysia oleh staf dan pelajar.

Di majlis ini juga Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) turut diadakan antara KUIPs yang diwakili oleh Rektor, Prof. Dr. Muhamad Rozaimi dan IIM pula diwakili oleh Datuk Nor Yahati selaku Ketua Pegawai Eksekutif IIM.

Turut hadir ialah Pengarah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perlis PKPj Suzeliyana Hashim.

KUIPs merupakan sebuah kolej universiti swasta milik penuh Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang telah diluluskan penubuhannya oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 2 Mac 2013.