
Oleh: Samsudin Oli Mohamed
STAF KUIPs BERPOTENSI BESAR
KANGAR – Staf Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang menghadiri Kursus Coaching dan Mentoring serta Pembudayaan Etika Kerja Cemerlang di tempat kerja yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (HRD) peringkat universiti ini berpotensi besar.
Pensyarah dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Rajwani Md Zain berkata, penyertaan staf KUIPs ini dilihat walaupun rata-rata masih berusia muda tetapi masing-masing mempunyai hala tuju dan melihat kehadapan universiti ini dalam masa sepuluh tahun akan.
Katanya, idea-idea kumpulan pelaksana ini sudah tentu akan membantu pihak pengurusan dalam penjenamaan kolej ini ke universiti nanti.
“Saya melihat melalui gerak kerja kumpulan dan pembentangan hala tuju dalam masa sepuluh tahun akan datang memperlihatkan kesungguhan mereka untuk melihat universiti ini bukan sahaja setaraf dengan universiti-universiti lain di negara ini malah mereka mahu cawangan kampus ini bertapak hingga keperingkat dunia,” ujarnya ketika ditemui semasa mengendalikan ceramah Kursus Coaching & Mentoring dan Kursus Pembudayaan Etika Kerja Cemerlang di Tempat Kerja yang diadakan di Hotel Seri Malaysia Kangar.
Dr Rajwani menambah pembentangan mereka dalam haja tuju dan strategi universiti melalui bengkel ini juga diharap membantu pihak pengurusan untuk mempertimbangkan idea-idea yang diketengahkan.
Sepanjang kursus ini mereka didedahkan dengan situasi mengenai pembudayaan tempat kerja dengan menerapkan nilai kasih sayang, elemen kepimpinan dan mentoring kerana mereka inilah yang akan menerajui dan menjadi mentor kepada staf lain dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.
Kursus yang dianjurkan ini adalah bagi mendedahkan peserta bagi mempelajari teknik dan model dalam coaching yang berkesan bagi meningkatkan potensi diri serta mendalami teknik dalam mentoring sebagai salah satu usaha untuk menjadi mentor yang kompeten dan meningkatkan kefahaman tentang konsep etika kerja serta tuntutan melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Moga penyertaan mereka ini akan memberikan nilai tambah agar lebih bersedia untuk bersama-sama membangunkan universiti ini.
Seramai 50 staf terdiri daripada Pegawai Tadbir dan juga Penolong Pegawai Tadbir menghadiri kursus sehari ini.




