Ralat pangkalan data WordPress: [Duplicate entry '8388607' for key 'wp_visitors_stat.id']
INSERT INTO `wp_visitors_stat` (`time`, `ip`) VALUES ('1777575423', '85.208.96.196')

10 PELAJAR KUIPS SERTAI PROGRAM MOBILITI OUTBOUND DI UNIVERSITAS ISLAM RIAU, INDONESIA -

10 PELAJAR KUIPS SERTAI PROGRAM MOBILITI OUTBOUND DI UNIVERSITAS ISLAM RIAU, INDONESIA

Oleh: Samsudin Oli Mohamed

10 PELAJAR KUIPS SERTAI PROGRAM MOBILITI OUTBOUND DI UNIVERSITAS ISLAM RIAU, INDONESIA

KUALA PERLIS – Seramai sepuluh pelajar dan seorang pengiring dari Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) menyertai program mobiliti outbound di Universitas Islam Riau, Indonesia pada 30 September hingga 14 Oktober 2024 lalu.

Menurut Timbalan Rektor Akademik Prof Dr Basri Ibrahim sepuluh pelajar dari Fakulti Pengajian Islam (FPI), Fakulti Al-Quran dan Sunnah (FQS) serta Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan (FPSP) bersama seorang pengiring menyertai program ini selama 14 hari.

Katanya, kesemua pelajar program mobiliti tanpa kredit di Universiti Islam Riau (UIR) ini terlibat dengan pertukaran budaya, lawatan suai kenal, lawatan akademik dan yang berkaitan.

“Saya yakin dengan program ini pastinya dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat serta mengenali lebih rapat antara dua universiti ini,” sambung beliau lagi.

Program ini juga merupakan KPI dalam kelas 1: Kecemerlangan Akademik KUIPs yang mensasarkan 70 pelajar terlibat dengan Inbound dan Outbound.

Program dua minggu ini adalah hasil daripada Memorandum Persefahaman yang telah dibuat pada 1 Disember 2022 antara KUIPs dan UIR.

Dalam memorandum itu kedua-dua pihak bersetuju untuk meneroka aktiviti kolaborasi berdasarkan prinsip pertukaran pelajar antarabangsa seperti Pembangunan Pendidikan, Pembangunan Kajian dan Sumber Manusia, Khidmat Masyarakat, Dakwah Islamiah, dan lain-lain aktiviti yang dipersetujui secara bersama.

Sebelum ini pada 2019, pertukaran pelajar telah dibuat dengan pihak UIR dimana mereka telah menghantar sembilan pelajar ke KUIPs dan pihak KUIPs pula telah menghantar lapan pelajar ke UIR pada tahun yang sama.

Kesemua pelajar yang menyertai program mobiliti outbound ini akan menyediakan laporan bagi program yang telah dijalankan di UIR kepada setiap fakulti yang terlibat serta Seksyen Hal Ehwal Antarabangsa nanti.
Moga dengan pelaksanaan dan program yang dianjurkan ini seiring dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa.

Antara pengisian program mereka ialah jelajah kampus UIR, mengadakan sesi bersama pelajar disana termasuk memberi dan mendengar ceramah serta syarahan.

Bagi mengeratkan hubungan antara KUIPs dan UIR mereka juga mengadakan aktiviti kerohanian, silang budaya dan kesukanan secara bersama.

Sepanjang mereka disana program kemasyarakatan bersama pelajar dari UIR juga diadakan.