Dana Wakaf Jamalullail

Introduction to Dana Wakaf Jamalullail (DWJ)

Dana Wakaf Jamalullail (DWJ) yang telah dilancarkan pada 25 Mei 2023 adalah skim wakaf tunai yang kekal dalam bentuk tunai (tidak ditukar kepada aset kekal). KUIPs dilantik sebagai Nazir Khas oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selaras dengan kelulusan Mesyuarat Persidangan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis pada 2022.

Penubuhan Dana Wakaf Jamalullail adalah selaras dengan pensyariatan seperti Hadith Riwayat Muslim:

"Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila mati anak Adam, akan terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak yang soleh yang mendoakannya."
(Hadith riwayat Ibnu Umar r.a).

Dana wakaf ini akan dilaburkan dalam pelaburan yang selamat (yang tidak akan menjejaskan prinsipal) serta patuh syariah seperti Akaun Pelaburan Am (Simpanan Tetap Islam).Penggunaan keuntungan daripada pelaburan DWJ akan disalurkan kepada Pembangunan Pelajar KUIPs yang menitikberatkan pembangunan sahsiah selain pembangunan penyelidikan dan pembelajaran secara berterusan.

SEJARAH DAN TUJUAN PENUBUHAN

  1. Perjanjian dan Ikatan
    • KUIPs telah dilantik sebagai Nazir Khas bagi DWJ oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada 22 November 2022.
    • Bank Kerjasama Rakyat di beri mandat sebagai rakan strategik di mana “Cash Waqf Collaboration Agreement” antara KUIPs dan Bank Kerjasama Rakyat telah dimeterai.

  2. Tujuan Penubuhan
    Sebagai sumber kewangan alternatif KUIPs selaras dengan Pelan Strategik KUIPs 2021-2025, di samping memastikan Dana Wakaf Jamalullail terus menjadi inisiatif yang mengalirkan manfaat kepada pembangunan Islam di wilayah ini melalui pelajar KUIPs.

  3. Jawantankuasa Pengurusan Bersama
    Ahli JK Pengurusan Bersama terdiri daripada ahli KUIPs dan Ahli Lembaga Pengarah MAIPs. 50% Ahli JK ini merupakan Ahli Lembaga MAIPs yang menyokong pengurusan dana dalam urusan berlandaskan syariah.

Kolej Universiti Islam Perlis
Lot 2-11 dan Lot 18-27,
Rumah Kedai Dua Tingkat,
Taman Seberang Jaya Fasa 3,
02000 Kuala Perlis, Perlis.

Hubungi Kami

Email: info@kuips.edu.my
Telefon: +604-9851150
Isnin-Jumaat: 8:00 - 5:30
Ditutup : Sabtu-Ahad