PENSYARAH DAN PELAJAR KUIPs DIJEMPUT MERIAHKAN FESTIVAL KONVOKESYEN UniMAP

Oleh: Rohana Zainol

PENSYARAH DAN PELAJAR KUIPs DIJEMPUT MERIAHKAN FESTIVAL KONVOKESYEN UniMAP

PAUH PUTRA, 7 November 2024 – Dua pensyarah Fakulti Pengajian Islam (FPI) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Atif Che Adnan dan Muhammad Firdhaus Zulkifli bersama dua pelajar FPI Zaim Muzakkir Omar dan Muhammad Suhail Yusof dijemput bagi memeriahkan Festival Konvokesyen UniMAP.

Mereka menyertai program Klinik Pakar Ibadah yang berlangsung di Pentas Utama Festkon, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra.

Antara perkongsian mereka ialah mengenai tatacara wudu’ dan solat nabi secara amali dan diikuti dengan latihan praktikal.

Kelab Pembina UniMAP yang menganjurkan program ini turut mendapat penyertaan dari pelajar UniMAP, muslim dan bukan muslim, dan murid sekitar Pauh antaranya SK Pauh, ⁠SK Felda Chuping, SK Sena dan SK Tengku Budriah.Semoga dengan penglibatan ini dapat memupuk semangat kerjasama bersama komuniti dan membawa impak positif kepada Mahasiswa KUIPs.